Monday, May 7, 2012

Seluar 2 layer?

Seperti mana yang sedia maklum, Liam memang tak suka pakai seluar pijama. Oh, suka pakai jeans to be exact. Tapi kalau tak de jeans, seluar cantik untuk pi jalan pon tak pa. Begitulah. Semalam, dah lepas mandi, ibu gigih sarung seluar pijama old navy yang baru ibu beli kat FOS *3 helai RM30 memang berbaloi* Menjerit-jerit anak nak pakai seluar cantik. Ibu tak layan, berjaya sarungkan. Lepas tu anak dengan sendiri amik seluar cantik nak pakai sendiri. Bobot hanya memerhati di sebelah. Hah, lantak lah anak,.. Nak pakai seluar 2 lapis pon tak pa. 

*tak berjaya pon! hihihi sempat korek hidung dulu ye!* 

Ibu kene biasakan pakai seluar pijama ni, sebab tujuannya adalah untuk dipakai setiap hari Jumaat *hadiri majlis ta'lim di masjid* Seluar Liam banyak yang 3 suku. Papa rasa tak proper. Siap hari tu papa masuk masjid, then keluar semula dok tunggu dalam kereta disebabkan seluar anak.Oh my,.. Sebenar nya tak dak hal pon, tapi papa segan. Anak orang lain suma dok pakai sopan, siap dengan jubah & songkok. Ehem, agak-agak berjaya tak Liam dengan seluar pijama Jumaat ni? Nantikan,..

2 comments:

ArmEen said...

Haha, macam2 si Ilhaam ni :)

Rose said...

Lawak la Liam :D. Ada gaya gitu.