Thursday, March 8, 2012

Perempuan & Beg Tangan.

Bagi aku, tak lengkap bila keluar dari rumah tanpa beg tangan / handbag. Perempuan ni kalau keluar susah benar nak berlenggang macam lelaki. Ye lah, nak letak hp, purse, lip balm, compact powder bagai. Malah, Ada berjenis-jenis beg mengikut kesesuaian tempat nak dituju Dan juga waktu. Aku tak de lah banyak pon, hmmmm tapi adalah dalam 6 biji *eh ape ye penjodoh bilangan bagi beg??? Makcik dah tua, tak ingat dah :P* tapi yang aku beli sendiri dalam 3 je. Bukan every year ye beli beg baru. Bila tengok beg hampir nak rosak, cari la pengganti. Isk tak mau la tunggu sampai rosak, sayang! Beg kulit memang tahan lama. Bila simpan lama lagi la vintage jadi nya. Macam beg mak aku, dah turun ke aku. Hihihi so bila aku pakai ikut trend sekarang dah la,... Ok, aku bukan nak cerita pasal trend beg vintage sekarang. Tapi nak cerita pasal aku beli beg online. Hihihi. Yes, suka benor aku dengan shopping online. Mudah!

Ni la handbag aku beli online. Fossil Madisson. Leather tau. Kalau nak beli beratus biar leather. Berbaloi Dan boleh simpan lama. Sebelum aku beli handbag ni aku beli wallet Cole Haan. Heeeeee murah yaow! Direct US la gamaknya. So, bila dah testing baik punya and puas hati dengan end product, baru lah tengok handbag nya. Aku memang berkenan dengan design handbag ni, kalau nak beli brand Alexa memang tak lah. 2-3 bulan punya gaji pon tak boleh beli lagi. Aku pon tak kesah sangat brand. Asalkan kene dengan citarasa aku. Heeeee ;) so kalau korang nak survey, or beli handbag boleh la singgah blog ni. *pssst aku beli wallet laki aku pon kat sini, hadiah dia dapat kerja baru :))*

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Mawar said...

Love ur bag!!!

||kiena|| said...

Mawar, thanx! memang ni fevret bag! hihihi