I love to share, yet i have little to share. InsyaAllah kita buat rumusan saja dari ilmu yang diperolehi di Konvensyen Bidadari Dunia.
1. Jika bercita-cita ingin menjadi bidadari syurga, harus menjadi bidadari dunia dahulu.
2. Jika kita hidup kerana tujuan hidup, insyaAllah keperluan hidup terlaksana.
3. We 1st make our habits, then the habits make us.
4. Hidup ini tak sempurna jika kehidupan kita belum dapat membantu kehidupan orang lain.
5. Yakin diri ini cantik dan indah, barulah terbina solehah.
MasyaAllah, tertusuk segala ayat ni di hati. Mampukah kita menjadi bidadari dunia, walhal masih banyak perkara perlu dibaiki, dipelajari dan dilaksanakan.
Pernah tak kita fikir or bertanya diri kita sendiri untuk apa kita hidup di muka bumi Allah ini. Pasti ramai akan menjawab untuk menghambakan diri kepada Allah. Tapi bagaimana? Cukup kah hanya dengan Rukun Iman dan Rukun Islam? jika betul fahami rukun iman, percaya kepada Allah, mengapa masih berdolak dalik lagi dalam menurut segala perintah nya. Teringat slot Dr. Harlina, ayat Amal Makruf takkan lengkap dengan Nahi Mungkar. Tak boleh berdiri dengan sendirinya ayat Amal Makruf. Jadi jika kita hanya menunaikan solat tapi masih belum lengkap menutup aurat, maka belum lengkap lah rukun iman itu. MasyaAllah. Sungguh aku terkesan. Sama juga beriman kepada Al-Quran. Dok pung pang pung pang baca. Setiap malam Jumaat tak pernah lepas dari tidak membaca Yassin tapi adakah kita membaca kerana tradisi dari keluarga? Atau ingin mendapat syafaat Allah. Astaghfirullah, meh kita sama-sama perbetulkan semula amalan dan niat kita. Pertama niat kita hidup sebagai Khalifah Allah. Fahami intipati Al-Quran. Hidup ini untuk mengindahkan muka bumi dengan keindahan Islam.
Bidadari Dunia. Ya, wanita tidak lari dari tugas mendidik anak-anak. Mampukah kita menerapkan Islam dalam anak-anak sedari kecil. InsyaAllah, boleh. Itulah keperluan menuntut ilmu. Perlu diajar dahulu anak-anak sayang kan Allah. *dari slot Pn. Jamilah* Bila anak-anak sayang Allah barulah anak-anak tahu mengapa perlu bersolat. *Ya Allah, kau permudahkan lah laluan ku* Sebelum mahu mendidik anak, ibu bapa perlu terdidik. Keperibadian anak-anak dibentuk dan dipengaruhi oleh keperibadian ibu bapa. Jadi ibu bapa, sebelum merubah anak-anak, kita sendiri perlu berubah. *jangan sampai kubur kita sunyi dari alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari anak-anak. Nauzubillah.*
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik akhlaknya"
Subhanallah, let's renovate, renew our heart. Bayangkan rumah yang telah lama dihuni pastikan akan buruk juga akhirnya, maka marilah kita renovate semula supaya hati kita berseri dan indah semula dengan akhlak yang baik. Sesungguhnya menjadi Solehah itu Indah *dari slot Dr. Rubiah* jika kita menjaga hubungan dengan Allah dalam setiap saat. Indah juga bila berasa diri sangat dekat dengan Allah, dan sentiasa mencari keberkatan dalam kehidupan. Indahkan penampilan, pelihara keindahan batin.
When we say 'I LOVE Islam' we must commit. (niat, lafaz & perlakuan)
When we decided to change, positive vibes surround. To make it stay, always make a chance to feed our soul. Sama seperti batu permata, jika tidak selalu digilap pasti akan pudar. AllahuAkbar.
No comments:
Post a Comment