Thursday, March 29, 2012

Live, Life & Learn #3

Selalu benar kita cakap or dengar orang cakap "Nak buat macamana, dah takde pilihan, memang kena macam itu lah" regardless what's the matter, still gives the same mean. Tapi bila kita banyak membaca, Ya Allah, memang dari awal lagi kita sudah membuat pilihan. Seperti mencari pasangan hidup, bagaimana kita mahu anak kita dibesarkan. Semua itu ditentukan oleh kita sendiri. Terutama bagi lelaki.

"Hak yang pertama untuk anak adalah dipilihkan baginya seorang ibu sebelum dia dilahirkan; yang cantik, mulia, taat beragama, terhormat, cerdas, berakhlak terpuji, teruji kecerdasannya dan kepatuhannya kepada suami" - Saidina Umar al-Khatab radhiyalluhu'anhu

Sebelum berkahwin lagi suami telah membuat pilihan dengan siapa, dan anak yang bagaimana yang ingin dihasilkan. Maka setelah berkahwin, itu lah pilihan mereka. Begitu juga isteri. Memilih untuk bersama suami yang dikahwini dan melahirkan zuriat untuk suami dalam keadaan yang dipilih oleh suami.  

Sabda Rasulullah "Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." - Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Jom kita pelihara keperibadian kita, sebab kita yang Akan menentukan Dan membentuk keperibadian anak-anak. Pupuklah keperibadian & contoh yang baik untuk anak-anak. Semoga kubur kita tidak sunyi dengan alunan ayat-ayat Al-Quran dari anak yang soleh serta mendoakan kesejahteraan kita kelak. 

Benar lah ungkapan 'Life is Choice'.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: