Thursday, March 29, 2012

Live, Life & Learn #3

Selalu benar kita cakap or dengar orang cakap "Nak buat macamana, dah takde pilihan, memang kena macam itu lah" regardless what's the matter, still gives the same mean. Tapi bila kita banyak membaca, Ya Allah, memang dari awal lagi kita sudah membuat pilihan. Seperti mencari pasangan hidup, bagaimana kita mahu anak kita dibesarkan. Semua itu ditentukan oleh kita sendiri. Terutama bagi lelaki.

"Hak yang pertama untuk anak adalah dipilihkan baginya seorang ibu sebelum dia dilahirkan; yang cantik, mulia, taat beragama, terhormat, cerdas, berakhlak terpuji, teruji kecerdasannya dan kepatuhannya kepada suami" - Saidina Umar al-Khatab radhiyalluhu'anhu

Sebelum berkahwin lagi suami telah membuat pilihan dengan siapa, dan anak yang bagaimana yang ingin dihasilkan. Maka setelah berkahwin, itu lah pilihan mereka. Begitu juga isteri. Memilih untuk bersama suami yang dikahwini dan melahirkan zuriat untuk suami dalam keadaan yang dipilih oleh suami.  

Sabda Rasulullah "Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." - Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Jom kita pelihara keperibadian kita, sebab kita yang Akan menentukan Dan membentuk keperibadian anak-anak. Pupuklah keperibadian & contoh yang baik untuk anak-anak. Semoga kubur kita tidak sunyi dengan alunan ayat-ayat Al-Quran dari anak yang soleh serta mendoakan kesejahteraan kita kelak. 

Benar lah ungkapan 'Life is Choice'.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 28, 2012

Book & Coffee,...


Good combo! My bestfriend forever. Yes, lately i make sure there is 'me time' everyday. Really boost up the day i told ya! For me, i found my 'me time' before heading to office from Beverly Heights. I will go out at 8.00am and drop by at On The Run, Esso, MRR2 and thats the good place for Coffee & book. Half an hour filled with LOVE.

Hmmm,..At home, I can only read when The Ziyaad slept, which is impossible if I didn't sleep along! :P *terbabas tidur skali while nursing;)* Or else reading early in the morning, but I usually use that early morning to settle housechores. Maklumlah, in weekend je nak buat segala benda kat rumah tu, kalau attend kuliah or talk, kena la curi masa lain pula. So the best reading time is before heading for work. Korang pula macam mana?

Tuesday, March 27, 2012

Live, Life & Learn #2

I love to share, yet i have little to share. InsyaAllah kita buat rumusan saja dari ilmu yang diperolehi di Konvensyen Bidadari Dunia. 

1. Jika bercita-cita ingin menjadi bidadari syurga, harus menjadi bidadari dunia dahulu.
2. Jika kita hidup kerana tujuan hidup, insyaAllah keperluan hidup terlaksana.
3. We 1st make our habits, then the habits make us.
4. Hidup ini tak sempurna jika kehidupan kita belum dapat membantu kehidupan orang lain.
5. Yakin diri ini cantik dan indah, barulah terbina solehah.

MasyaAllah, tertusuk segala ayat ni di hati. Mampukah kita menjadi bidadari dunia, walhal masih banyak perkara perlu dibaiki, dipelajari dan dilaksanakan. 

Pernah tak kita fikir or bertanya diri kita sendiri untuk apa kita hidup di muka bumi Allah ini. Pasti ramai akan menjawab untuk menghambakan diri kepada Allah. Tapi bagaimana? Cukup kah hanya dengan Rukun Iman dan Rukun Islam? jika betul fahami rukun iman, percaya kepada Allah, mengapa masih berdolak dalik lagi dalam menurut segala perintah nya. Teringat slot Dr. Harlina, ayat Amal Makruf takkan lengkap dengan Nahi Mungkar. Tak boleh berdiri dengan sendirinya ayat Amal Makruf. Jadi jika kita hanya menunaikan solat tapi masih belum lengkap menutup aurat, maka belum lengkap lah rukun iman itu. MasyaAllah. Sungguh aku terkesan.  Sama juga beriman kepada Al-Quran. Dok pung pang pung pang baca. Setiap malam Jumaat tak pernah lepas dari tidak membaca Yassin tapi adakah kita membaca kerana tradisi dari keluarga? Atau ingin mendapat syafaat Allah. Astaghfirullah, meh kita sama-sama perbetulkan semula amalan dan niat kita. Pertama niat kita hidup sebagai Khalifah Allah. Fahami intipati Al-Quran. Hidup ini untuk mengindahkan muka bumi dengan keindahan Islam.

Bidadari Dunia. Ya, wanita tidak lari dari tugas mendidik anak-anak. Mampukah kita menerapkan Islam dalam anak-anak sedari kecil. InsyaAllah, boleh. Itulah keperluan menuntut ilmu. Perlu diajar dahulu anak-anak sayang kan Allah. *dari slot Pn. Jamilah* Bila anak-anak sayang Allah barulah anak-anak tahu mengapa perlu bersolat. *Ya Allah, kau permudahkan lah laluan ku* Sebelum mahu mendidik anak, ibu bapa perlu terdidik. Keperibadian anak-anak dibentuk dan dipengaruhi oleh keperibadian ibu bapa. Jadi ibu bapa, sebelum merubah anak-anak, kita sendiri perlu berubah. *jangan sampai kubur kita sunyi dari alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari anak-anak. Nauzubillah.*

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik akhlaknya"

Subhanallah, let's renovate, renew our heart. Bayangkan rumah yang telah lama dihuni pastikan akan buruk juga akhirnya, maka marilah kita renovate semula supaya hati kita berseri dan indah semula dengan akhlak yang baik. Sesungguhnya menjadi Solehah itu Indah *dari slot Dr. Rubiah* jika kita menjaga hubungan dengan Allah dalam setiap saat. Indah juga bila berasa diri sangat dekat dengan Allah, dan sentiasa mencari keberkatan dalam kehidupan. Indahkan penampilan, pelihara keindahan batin.

When we say 'I LOVE Islam' we must commit. (niat, lafaz & perlakuan)

When we decided to change, positive vibes surround. To make it stay, always make a chance to feed our soul. Sama seperti batu permata, jika tidak selalu digilap pasti akan pudar. AllahuAkbar.


Monday, March 26, 2012

Jom pi Taman Ilmu #1

Alhamdulillah, dapat feedback rakan-rakan yang juga dahagakan ilmu. Sungguh ilmu tak kan habis / surut jika kita sentiasa mencari dan menggunakannya. Ok, ni nak share pula seminar bersama Dr. Muhaya Hj Mohamad yang akan berlangsung pada 8th April 2012. Untuk keterangan lanjut sila layari website ini.

oh, dan 1 lagi...


InsyaAllah akan turut serta! Jom kita jumpa disana!

Konvensyen Bidadari Dunia

Subhanallah it was such great event of the month. Felt soooo greatful being able to attend the convention. Yes, it's indeed a good feed for our soul. Hopefully this kind of event will be continueosly organized.




Attending with Bobot around truly challenging. *mana nya nak mencatat, mana nya nak mendodoi* But it's ok. I managed to go thru the 2 days convensyen well. *walaupon balik rumah sengal segala otot lengan, tetapi ilmu yang dicari dan pengisian rohani lebih penting* Like wise said, melentur buluh biar dari rebungnya. I want the kids to be used attending with me in any classes or course. Biar dia faham dan sedar. Betul, budak kecik belum faham lagi, tapi kita nak bentuk budaya biar biasa. Next course, I will bring Liam along. Actually on Sunday, 2nd day of convention, planned to bring him (Liam) and let him play with sofiya, Ain's daughter at the nursery. Tapi, DL kata tak payah, sebab nanti I yang susah, biar dia je jaga Liam kt rumah. *klu tak, sila bayangkan sorang ibu, membawa 2 anak, sorang gendong, sorang dipimpin, pastu plak diaper bag, handbag lagi! DL plak tak ikut! So, dia rase I akan susah nak handle.*


Ni 1st day, melepak kat Nursery bagi dia puas tidur.



Ni lunch time, melepak lagi di Nursery. Main-main dengan sofiya *takde pulak gambar diorang main sekali. Ain, ade tak?*



Oh, ye ramai bidadari Dunia kat KBD ni tegur and geram sangat dengan bobot! I sit at the back, so ramai la yang perasan bila dok nak kluar pintu Utama yang memang belakang Kitorang je. Siap tanya betul ke ni anak I! Diorang pikir I terlalu muda untuk Ada anak, macam budak U je,.. Kih kih kih. Bila bgtau umur, terkezut! Alhamdulillah nikmat kurniaan Allah being always young in appearance ;)

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 23, 2012

Hash Brown for Breakfast.


He can't be more than happy when Papa bought him McDonald Family Breakfast Box! Hash brown is his fav among all in the set. What's inside the box? 2 hot drinks, 2 hash brown, 1 set big breakfast meal, 1 set hotcakes and sausage mcmuffin. Only cost us RM19.90! DL used to by this set if decided to have McD for family breakfast. He said, cheap & worth for the day. ;)


- Posted using BlogPress from my iPad

Thinking of Tea Party for Mom & Kids


MashaAllah, felt so good after meeting with darling friends. Maryam & Hajar, my secondary schoolmate. Not only catching up each other stories, we also shared 'ilm. Want to have it more. Felt so little when with them. Discussed about parenting, books, life etc. a good indeed! Oh, sorry no MLM promotion ya! Hehehehe. Owh, may be we can turn into small circle of usrah. *yes.no?*

Therefore, had an idea to organize small tea party at my place. And I will bake them a good cake for moms session, the kids can enjoy playing at playground or swimming while dads look after the kids. It will be much fun right?


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 21, 2012

A Good Way To Save Money

Nowadays, memang banyak pakai duit. Tak pulak semenjak minyak petrol naik, memang terasa la. Dulu time belajar, guna Satria, RM60 dah penuh, now harga yang sama baru 3/4 je! Oh, haru. Dengan harga barang lain naik seiring dengan minyak petrol sudah cukup menjejaskan perbelanjaan. Sampai ada 1 time DL kata "Jom dok Jengka noreh getah" :-/ erkssss.

So, salah satu cara untuk membantu urusan kewangan bulanan, kita guna plan Lunch Box everyday! Yang penting kene rajin bangun pagi and masak sebelum pi kerja. Slalu boleh je bangun pagi sebab time tu lah kita senang nak buat apa2, anak tidur tak ganggu kita. Bobot pula memang tak ganggu tidur malam, kalau dah menyusu sebelum tidur dalam pukul 10/11 gituh akan merengek semula dalam jam 5 atau 6pagi untuk minum semula. Kebiasaannya pukul 5 lah, lepas menyusu terus bangun kemas2 yang mana patut & masak. Alhamdulillah setakat ni berjaya! DL pon baru start bawa bekal juga, last week tak bawa sebab asyik keluar masuk ofis. Satu lagi sebab bawa bekal sebab dah tak tahu nak makan ape dah kat bawah ofis tuh. Dok ulang makan yang sama ja for the past 5 years. Hah, bayangkan punya lama, tuh belum bapak ku yang dah lebih 20 tahun kat sini... The most important thing, 'Home cook is healthier'. Kat ofis, Ada la 2 orang lagi yang biasa bawa bekal, so Kitorang boleh la makan sama2. *teringat kat ofis lama S&A, slalu gak bawa bekal & sharing ramai2*



Yesterday I cooked Bawal Sweet Sour. Nasi beli sebab suka makan nasi panas. Oh sayur pon beli. ;) & today my lunch box is 'herbs squid' DL fevret. :))


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 16, 2012

Fly-day Yeay #7

Pssst,..Post ni tak banyak tulis, sebab post sebelum pi meeting. Nanti kita sambung kat post lain. Hihihi



Wearing shawl from Radiusite, maxi dress & cardigan from ThePoplook.

Bobot now 5 months.

Liam pula memang sangat 'champion' tidur berdiri. Mujur DL perasan masa nak byr tol pusing belakang anak dah buat gaya 'champion'. Haish,...

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 13, 2012

Wahai Bidadari Dunia,..



Alhamdulillah, walaupon ada sedikit kekangan dalam belanjawan keluarga bulan ini, dapat juga disisipkan sedikit wang untuk Konvokesyen Bidadari Dunia. Jom bidadari dunia sekalian kita imarahkan taman ilmu. Dari dok bershopping je apakata kita pi beli saham akhirat pula. InsyaAllah banyak ilmu akan kita perolehi. Nak pi belajar or baca sendiri memang agak liat or menuntut masa *tak semua ya* Dah ada peluang begini, jangan disia-siakan. Melihat penceramah dan program yang disediakan pon dah menarik. Paling aku suka ada Ustazah Rubiah, Dr. Muhaya, Dr. Harlina dan ramai lagi. *Ya Allah kau permudahkan lah niat ku dan urusan ku ke arah yang lebih baik* Last time nak pi productivemuslim tak kesampaian, mudahan kali ini tercapai. InsyaAllah.

Mengidam punya pasai...


Bangun 5.30 pagi untuk 'bake' Red Velvet Cake w Cream Cheese Frosting. Lepas tuh, sambung lagi masak bekal asam pedas salmon untuk lunch box. Heeeee mujur cuti sekolah, maka jalan sangat la baik. DL bukan minat sangat dengan cake ni, aku je yang ngidam tak pasai. Eh eh bukan Ada isi ye. Confirm lepas 2-3 tahun aku baru bagi adik kat Bobot *kan aku pakai iucd* kalau ikut DL maunya aku kene buat cheese cake or brownies cheese cake. Hmmm Akan ku pikir kan next project. *cheese yg tinggal cukup kot untuk next project...tapi bilakah? Tunggu aku ngidam lagi la gamaknya :P*

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 12, 2012

Playing at Kizsport & Gym

Kizsport & Gym, Great Eastern Mall. Bagus betul ada tempat ni kat shopping mall kan! Heeee sementara Ibu sibuk shopping, eh semalam bukan shopping tapi meeting with the girls, ibu bagi Liam main kat Kizsport ni. Budak bawah 3 tahun kene ada orang jaga, so papa tolong jaga kan. Heeee DL memang malas nak join sangat bila aktiviti ibu bersama the girls. Biasa la orang pompuan,.. Hihihi banyak cerita. Mujur adik belom besar. So abang Liam sorang je main dalam tuh. Kalau tak, papa kene jaga The Ziyaad lah! Yang sorang ni pon papa dah tak larat nak kejar kat dalam tu. 2 jam jugak la papa dok jaga. Kalau tak 2 jam maunya si Liam ni nak keluar. Memang sedang elok je, dia dah penat senang nak ajak pulang. Bagus! Tiada aksi tarik anak keluar dari play-gym. Fuh,..





- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 9, 2012

Fly-day Yeay #6




Bangun 4.30pg untuk ini. Kawan baik fatin tiqah order untuk hantaran tunang esok *who also my return customer, thank you dear* actually dia mau yg ade deco candy love, tapi cari Merata dah tak de stock dah. So I use what ever stock in-house. Sebab tujuan untuk hantaran, maka nya simple aje lah. Nanti ade deko riben bagai ok la....


The best thing today, 'mengeteh' dengan BFF, Ezanita. Lama sungguh tak jupe minah ni. Kebetulan dia ada meeting kat JKR Menara PJD, maka boleh la singgah minum kat bawah ofis I kat Plaza Pekeliling ni. Heeeeeee rindu dengan yang lain juga,.. Bila la boleh ketemu.

Pssst... Mlm ni nak balik kg, Jengka. Paling lama tak balik, 1 1/2 bulan! Selalu sebulan sekali balik, bulan lepas DL tak dpt gaji lagi,.. dah gaji boleh dah kita balik kg. :))


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 8, 2012

Perempuan & Beg Tangan.

Bagi aku, tak lengkap bila keluar dari rumah tanpa beg tangan / handbag. Perempuan ni kalau keluar susah benar nak berlenggang macam lelaki. Ye lah, nak letak hp, purse, lip balm, compact powder bagai. Malah, Ada berjenis-jenis beg mengikut kesesuaian tempat nak dituju Dan juga waktu. Aku tak de lah banyak pon, hmmmm tapi adalah dalam 6 biji *eh ape ye penjodoh bilangan bagi beg??? Makcik dah tua, tak ingat dah :P* tapi yang aku beli sendiri dalam 3 je. Bukan every year ye beli beg baru. Bila tengok beg hampir nak rosak, cari la pengganti. Isk tak mau la tunggu sampai rosak, sayang! Beg kulit memang tahan lama. Bila simpan lama lagi la vintage jadi nya. Macam beg mak aku, dah turun ke aku. Hihihi so bila aku pakai ikut trend sekarang dah la,... Ok, aku bukan nak cerita pasal trend beg vintage sekarang. Tapi nak cerita pasal aku beli beg online. Hihihi. Yes, suka benor aku dengan shopping online. Mudah!

Ni la handbag aku beli online. Fossil Madisson. Leather tau. Kalau nak beli beratus biar leather. Berbaloi Dan boleh simpan lama. Sebelum aku beli handbag ni aku beli wallet Cole Haan. Heeeeee murah yaow! Direct US la gamaknya. So, bila dah testing baik punya and puas hati dengan end product, baru lah tengok handbag nya. Aku memang berkenan dengan design handbag ni, kalau nak beli brand Alexa memang tak lah. 2-3 bulan punya gaji pon tak boleh beli lagi. Aku pon tak kesah sangat brand. Asalkan kene dengan citarasa aku. Heeeee ;) so kalau korang nak survey, or beli handbag boleh la singgah blog ni. *pssst aku beli wallet laki aku pon kat sini, hadiah dia dapat kerja baru :))*

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 7, 2012

Don't tell me you don't like WOMEN:girls?

Don't tell me you don't like WOMEN:girls?: For International Women's Day 2012...
It's all about INSPIRING one another, from one role model to an aspiring young girl, one at a time.
In line with the 2012 International Women's Day theme - CONNECTING GIRLS, INSPIRING FUTURES; the WOMEN:girls' 10-day campaign aims to begin a connection to INSPIRE and ENCOURAGE a new network of exchanges between young girls and women.

Wordless Wednesday


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 5, 2012

Must Have In Handbag.


It's Bronze Shade, Blusher Brush and Cocoa Butter Lip Care Stick #thebodyshop
I love the bronze so much! Heeee it for highlight! not only that, can use as face powder, and also as a blusher. *ni kes lepas solat malas nak touch up make up bagai* Aku bukan lah pandai sangat ber'make-up' cukup sekadar muka nampak healthy and tak kusam pucat sudah lah. Pastu, muat nak letak dalam beg kecik conet yang di sumbat beserta iPad. Hah, boleh bayang tak beg tu sendat macam mana. Tuh belum Kira berat lagi. Hihihi.


- Posted using BlogPress from my iPad

Live, Life & Learn #1

I had a great weekend! It's really great as I had my 'feel good time' on Saturday. Husband was working all day long, and I attended a talk show regarding hijab & aurat "You are beautiful, Allah Loves you". Taken place at SUK, Shah Alam. Alhamdulillah it's such a beautiful talk and mind widening. I felt like its all on a good time & places.

Earlier, watched Ustaz Don shared by dear sis,

Regardless or not, we do know the meaning of 'aurat' but, we take it for granted. Mungkin sebab takut orang cakap "ish, labuhnya tudung dia." takut orang ingat kita terlalu ekstrem dalam Islam, or takut tak dapat bergaya. Yes, sometimes we do feel that.

Tapi bila kita refer balik Surah An-Nur: 31, di mana ayat itu menyuruh kita (perempuan) menutup aurat :
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments except to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; and let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; and turn to Allah all of you, O believers! so that you may be successful.

Begitu juga dari Surah Al-Ahzab: 59
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
O Prophet! say to your wives and your daughters and the women of the believers that they let down upon them their over-garments; this will be more proper, that they may be known, and thus they will not be given trouble; and Allah is Forgiving, Merciful.

Conclude here that it's a must for us to cover our 'aurat'. Bertudung belum bermakna kita sudah menutup 'aurat'. Perlu difaham konsep Dan keperluan shariah. *study semula*. Sama seperti suruhan solat, berpuasa Dan haji. Ia merupakan suruhan yang wajib diikuti, tanpa perlu berdolak-dalik. Semuanya niat kerana Allah. *we were born to serve Allah*

Tertarik dengan satu ayat dari talk show 'Untuk kekal mendapatkan hidayah, kita perlu sibukkan diri kita dengan memikirkan hal diri kita' which i understand its same concept of muhasabah diri.
Let's #wearitright! Jangan takut untuk berubah sekarang, or takut kene buang segala baju yang ada :P. You just have to be creative on matching it,.. InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 2, 2012

Fly-day Yeay #5


Lunch box, practically it's been a week. Yes, I have the guts to woke up early and cooked my lunch box. It's obviously a way for saving! Lama dah tak buat macam ni, the last time was when I'm with S&A *masa tu mengandungkan Liam & susah nak makan, akhirnya bawa bekal. Perasan tak setiap kali mengandung pasti susah makan!?!* Oh, now I'm taking prune & berry essence for health and also for milkbooster. And Ribena Strawberry is a must everyday. It's working yo! Betul, berry memang sesuai & membantu untuk tambah susu ibu. Masa Liam dulu, I eat fresh strawberries. Liam pon sampai sekarang suka makan strawberry. Kalau beli 1 kotak, habis kat dia sorang ja. We have to limit it for him everytime we bought it. *kopak duit ibu anak oi kalau 2-3 kotak seminggu!*

What I wear today?



Cardigan: Cotton On | Top: Madeline Blouse Likeigloo | Pant: Boyfriend Fit Uni-qlo | Pashmina


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 1, 2012

Let's start now!


Mencari kekuatan diri untuk #wearitright
Mudah-mudahan berterusan.
Sedang cuba memperbaiki kelemahan diri.
InsyaAllah nikmat Allah itu luas.
It's how we want to it to be ours. 
Moga sentiasa dalam limpah rahmatNya.

*mode tak sabar nak pi sessi pengisian jiwa, last time tak berkemampuan bila hati ingin sangat nak pi. InsyaAllah kali ini dipermudahkan*

- Posted using BlogPress from my iPad