Friday, February 24, 2012

Crochet Cap & Booties




1 set = RM 25. Comel kan!?! Bukan aku buat. Staff yang rajin nak ber'crochet' buat untuk cucu dia. Bila dah siap, ade plak orang order. Hihihi ni la lah kalau dapat anak pompuan memang macam-macam boleh buat & bagi. Anak laki limited la sikit. *save duit aku! Hihihi* Ada yang berkenan tak?


- Posted using BlogPress from my iPad

Fly-day Yeay #4

I have dateline on Wednesday. Not only 1, but 2. Working at home on weekend lah ye,.. Berjaya ke dak? Kite tengok next week. *Details and BQ nak kene check skali, kalau tak nanti quotation dari contractor meraban lah* Last week kan aku demam, maka nya rumah mmg tak kemas & berhabuk. Mujur laundry aku dah settle kan on Wednesday. Tak berangkat & berlipat je lagi. Esok pulak pagi aku ade appointment dgn gynae. Yup once in 2 months aku buat check up utk iucd aku ni. Precaution. Check kedudukan, infection or not. Benda macam ni tak perlu nak kompromi. Kesihatan penting untuk hidup. Esok tak sabar juga nak pakaikan Bobot baju baru. Hihihi bila ibu shopping online, anak pon dapat tempias sama. Beli online memang banyak yang murah berbanding kat shopping mall. Aku tak kesah sangat jenama tuk anak-anak. Selagi comel, sarung je. Tak de makna kecik-kecik dah pakai esprit bagai. Sekali sekala kalau sale and worth to buy tak pa. ;)


What I wear on Friday..? Top: Bubble Sleeve Blouse. Skirt: Jersey Flare Skirt. Both from ThePopLook. ;) *Memang dah dedicate 1 wardrobe for poplook, dah nak penuh, kene tambah 1 lagi* And bila kawan-kawan nak beli pon dok tanya aku ok tak. Heeee aku mesti la cakap OK, it's true pon. Kalau benda tu memang betul cantik, takkan nak tipu kata tak plak. Betul tak emi? Hihihi Satu lagi online store yang aku suka LikeIgloo. *sekali kantoi dengan staff laki aku shopping online. Dia tolong terimakan parcel dari LikeIgloo awal pagi tadi masa orang sibuk baca Yassin*

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, February 21, 2012

Sedapnya tidur,..




Pagi tadi, jam 7.15pg. Kedua-dua anak ku masih lena dibuai mimpi. Bobot ku angkat dari katil ke sofa pon masih lena. Masuk dalam kereta pon lena lagi. Dah nak sampai rumah baru cerah biji mata. Liam pulak, memang dah susah bangun sekarang terutama bila dikejut. Mulalah nak nangis and tak mau jalan sendiri mau didukung masuk dalam kereta. Kalau bangun sendiri tak pa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 20, 2012

Sapa lagi tough?


The Ziyaad. Bobot memang badan nye montoks & empuk. *my bantal peluk ;)* Liam, dah cekeding. Susah sangat nak makan nasi. Memilih! Makan lauk je kadang-kadang. Haih,.. Tak lama lagi Bobot sama besar dengan badan Abg Liam. :P

Ni plak Liam pakai seluar jeans aku. Boleh!?! Lepas mandi dah sorok seluar jeans supaya dapat la soh dia pakai seluar tidur. Tapi,... Meraung-raung sebut nak seluar jeans. Papa pon sengaja bagi pakai seluar ibu. *sarung je pastu minta and cari semula seluar jeans dia* Dah la ibu & Bobot mild fever, tak larat dengar bising2, akhirnya dia jumpa seluar jeans busyuk dia. Asalkan namanya jeans, kena warna biru tau! Tak nak warna lain. Pastu keras. Soft jeans pilihan kedua kalau dah takdak.


- Posted using BlogPress from my iPad

Last day of being fullhouse

Yesterday, my sis went back Melbourne. Next week my brother going back London. The house will no longer full house since yesterday. So, before my sis catch her flight, we had another family photo session! *even though me & bobot having mild fever, still gave the best possed of all. Ewaaaaah!*



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, February 17, 2012

Sunglasses or sunshade

Bila nak cerita pasal sunglasses ni macam-macam jenis dok ada kat pasaran. Kalau sapa yang dok ikut trend tu, mesti dah banyak koleksi kan? Aku tak dak la nak ikut sangat pon trend terkini. Cukuplah sekadar yang ada. Aku pakai Rayban Wayfarer. Sama dengan laki aku. Warna ja lain. Pastu aku ade Knockaround, tortoise shell pattern memang sama. Brand and warna ja lain. Sebab aku rasa pattern ni everlasting. Chewaaaah. Yang Knockaround ni aku simpan dalam beg, kira macam travel sunglasses lah! Rayban aku letak dalam kereta. Hihihi so kalau bawa kereta, ade la sunglasses nak guna if bawa wallet je,.. ;) Aku ade try gak aviator edition, tapi macam tak kena je dengan muka aku yang kecik ni. Hmmmm,.. Mungkin tak jumpa lagi yang sesuai *eh macam bagi alasan nak beli yang lain je!?!*

With Rayban Wayfarer


With Knockaround Tortoise Shell


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 16, 2012

Silk scarf,..

Bagi hijabster, shawl or pashmina merupakan trend terkini. Aku pon prefer pakai shawl or pashmina sebab sangat mudah, hanya perlu kan 1 pin aje *ni cara aku, sebab aku tak suka pin bawah dagu tuh, so pin kat toncet atas je, begitu juga dengan pashmina* Bila nak lain sikit, aku akan pakai square scarf. Paling aku suka Donatello, pastu nak mahal sikit tie rack scarf, silk scarf pon lawa. Tapi silk tak boleh la nk beli banyak and selalu kan,.. Harga 1 silk scarf boleh dapat 2 pashmina tau! Ok, tempat mengikut budget aku kalau nak beli square/silk scarf adalah di Semua House. Ada 1 kedai jual tudung sahaja kat tingkat 1 tuh. Lupe aku nama kedai. Selalu pi tak teringat langsung nak tgk nama kedai. Menonong je pi sana sebab dah tau tempat. Kalau ade budget lebih, beli lah kat Arzu, aku kalau nak beli kat Arzu tunggu dia buat sale, baru berbaloi nak beli.




Ni lah silk scarf tu,... Top adalah dari hasil pembelian online di OctoberOrigin. *kebanyakan top memang dok beli online, kecuali seluar! Seluar aku kene fitting dulu ;)* Bagi yang tak biasa tngok aku pakai silk scarf, akan tegur aku nampak lain. *aku ingat kan hari ni aku make up tebal, padahal aku pakai macam biasa. Tak pakai foundation pon sebab malas nak tonyoh bila nak ambil wudhu'*


- Posted using BlogPress from my iPad

Tote Bag

Bermula dari beg organiser, terus aku melekat dengan Gin&Jaqie nih. Bukan apa, sebabnya ia sangat practical. Bila puas hati pasti akan beli & cari barang yang seterusnya. Dah banyak juga koleksi aku dengan brand ni. Siap promote kat kawan lagi. And mereka pon dah terjebak skali. Aku suka beli time sale! Yang best bila dapat birthday voucher! *lambat lagi nak tunggu bulan 10 oiii!* So kali ni aku nak tunjuk salah satu beg kegemaran aku. Jodie Tote! Aku suke sebab aku boleh masukkan pump medela fs & coleman aku! haih sangat memudahkan aku nak bawa pi ofis. Memang besar, tapi tak perlu lah aku kene bawa 2-3 bag termasuk handbag kan! (1 beg pump, 1 beg coleman, 1 handbag) So bila terpaksa balik rumah naik LRT senang lah nak kendong barang-barang tanpa meninggalkan salah 1. Cuma aku perlukan beg organizer bila aku letak barang-barang Ziyaads dalam beg ni. Eh, lupa aku ade beli beg organizer dah tapi bukan dari Gin&Jaqie. Tapi kalau Gin&Jaqie buat nanti, aku nak beli! hihihi oh ye aku dah target nak dapatkan cory shoe bag tuh! boleh la aku letak sport shoes or sport attire dalam kereta.

*hari tu aku mase pi shopping kat sugarscarf ternampak dalam beg bestie aku ade beg organizer same macam aku! hihihi this one*

Mudahnya Shopping at Jusco AU2!

Memandangkan rumah ku kat Jelatek tempat yang paling mudah untuk aku 'groceries hunting' adalah di Jusco AU2, Keramat. Every week pasti akan pi! Without miss yo! Kadang-kadang alasan pi adalah untuk BR. Hehehe aku suka flavor black forest & very bery strawberry. Liam pulak total eclipse. *budak ni memang suka yg masam2* Jusco AU2 ni user + disable friendly gak. Bila aku terlupe bawa stroller bobot and tak larat nak kendong, aku pinjam je stroller baby Jusco, pastu Liam plak sibuk nak naik car. Ibu & papa sorong la sorang 1. Senang kan! Tak perlu lah ade aksi papa mengejar anak di shopping complex ;)




Sedang bersabar tunggu 31hb untuk beli pint BR. Stock kat rumah dah habis. :(




- Posted using BlogPress from my iPad

Youth Jam KL Team Recruitment!

Youth Jam KL Team Recruitment!: Bringing you fun and an opportunity to gain experience, the extraordinary Youth Leaders and Youth Communities of Malaysia will be organizing an all new Youth Jam 2012 at four different states in Malaysia - Penang, Kuala Lumpur, Perak and Sarawak.
With experience of influencing 50,000 youths in Malaysia, the Youth Jam Team hopes to gather 100,000 youths in 2012; engaging them in new initiatives and providing a platform for the youth to develop new skills.
For this, a team of passionate and driven youths are required to turn ideas into actions. Calling all youths in Kuala Lumpur! If you wish to join the Youth Jam Team KL, make sure to find out more in the website below. You will surely be up for a crazy ride!

Tuesday, February 14, 2012

Search by,..

Lunch hour amik kesempatan check acc nuffnang, skali ade orang singgah blog aku melalui search by 'jeweltone maxi dress thepoplook'.


Kebetulan pulak hari ni aku pakai tapi warna biru punya! Hihihi yup aku ade 2 helai ;)) Ok, aku memang banyak baju dari thepoplook, be it dress, and blouse. Belum try lagi beli palazzo sebab selalu aku beli kat likeigloo.


- Posted using BlogPress from my iPad

What lah,..


This morning, elok je sampai kedai makan, i felt unusual with my Wedges. Tengok tengok rupanya tali nya dah terputus! Walaaaaaaaaaaaah,.. mujur DL masih ada sebab breakfast sama before masing-masing masuk office. Ai sanggup tak pi amik makanan duduk je kat meja, kongsi breakfast dengan DL. Lepas makan baru la DL amik another heels yang i memang simpan dalam kereta. Actually i letak 2 shoes, 1 flat, 1 heels. Disebabkan my flat tuh not proper to wear with my dress, ku pakai jua heels yang agak out dengan warna dress. *yes today i'm wearing dress, labuh gituh. kalau pakai flat shoes mau nye aku buat kerja amal jariah mop kan lantai bangunan. :P* 


From Black Wedges to Brown Heels :P

Monday, February 13, 2012

Family Night








Last Saturday, our Adam's Family Night. We had dinner at Lai Po Heen, Mandarin Oriental KL. Yes, we had Chinese Cuisine. Terbayeeek yo! Alhamdulillah. And afterward, karaoke at Red Box Plus, Pavillion. *terserempak pulak dengan pelakon Johan Ashaari mase amik makanan, takde lah nk amik gambar bagai. I buat tak tahu jer :)* Liam sangat enjoy siap pegang mic nak nyanyi sama. Memang budak suka nyanyi pon. *tak amik gambar bnyk pon, sebab bilik gelap. DL pon malas setting bagai* Bobot pulak, sangat baik. Siap boleh tido lagi walaupon makcik pakcik dok terjerit-jerit nyanyi. Tapi kene tido peluk dgn ibu lah,.. It's a norm for having last family dinner before my little sis and brother going back to their study place. Yup these two months, Jan & Feb, we are full house! Looking forward for next year to be full house again. Or end of this year may be!?! Hihihi InsyaAllah...




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 9, 2012

An Idea...

Tengok kengkawan kebanyakan dah buat giveaway. Aku bila ntah lagi nyer,.. hihihi lagi pon tak dak idea nak bagi apa kalau giveaway. Oh aku rase aku ada! Hmmm aku ade fridge magnet from Melbourne. Korang ade yang berminat tak? So kire nye aku tengah buat survey untuk blog giveaway aku. Buatnya belum tentu lagi.Hihihi. Aku ade terpikir gak nak bagi M&Ms Choc Chip Chunk ku tuh. Hmmm korang rase?


Ni plak 'Liam, hapuskan airmata mu' Hihihi budak bertuah ni nak pakai seluar jeans. Selagi tak dapat and kalau dia nampak seluar jeans *ini kes tak sempat sorok lepas dia mandi petang* kita tak kasi dia pakai, sure la dia nangis tak mau pakai seluar lain selain jeans. Haih la anak. Siap dia pi amik baju sendiri dalam laci pakaian dia. Baju kemeja Ok! Kalau siang ok lah, ni stakat malam nak buat tidor je. Layankan aje. Aku malas nak dengar dia nangis. Kang Si Bobot plak sambung nangis. Kesimpulannya hari hari aku kene basuh seluar jeans dia masa cuti panjang, untuk make sure dia ada seluar untuk dipakai. :P

Wednesday, February 8, 2012

It's A Long Break on Feb!

4 hari cuti yo! Not going out of KL. Hanya bermalasan di rumah. Ade la pi lawat kawan dan pi juga kenduri kahwin. Nape tak balik kampung? Eh, bulan ni sedikit tight duitnya. Kene bayar cukai taksiran rumah! Begitulah bila dah ade rumah, ada je benda kene bayar. Nanti sampai pulak cukai pintu. Eh, banyak sangat cukai nye. Oh, plus, DL baru start kerja. But i still hoping that he will get better pay & place. Tapi kalau nak memilih sangat pon tak boleh. Setakat ni terima and syukur apa yang dah dapat, daripada tak dapat langsung kan. Sekarang aku malas nak taip panjang-panjang. Jadinya kita layan je lah gambar yang ado ni hah! hihihi


 

Eh, kan aku cakap aku ade misi nak dibeli kat The Mall. Hah, dah pi pon hari sabtu! Kikiki DL pon dah paham, slagi tak dapat akan dok sebut. Sudahnya, Sabtu juga aku pi beli. Nah ambik salah satu dari pashmina yang aku beli hari tu aku pakai hari ni. 
Nice kan? 

Pastu aku terlebih rajin on Monday, aku buat Devils Choc Cake. Instant cake mix je! 1st time guna instant. Sedap & mudah. So bagi yang ade anak kecik yang tak paham bahasa & susah nak bagi kerjasama adalah disarankan guna instant je! Nak bagi sedap lagi layer kan dengan Cream Cheese & Nutella. Aku letak strawberry paste kat cream cheese ku. Perghh memang terangkat! Buat minum petang. Hari ni pon aku buat bekal. Eh memang jimat lah duit aku hari ni. *Slalu dok pi cari donut or kueh tuk minum petang ;)* Oh sekarang Mint Tea adalah kegilaan baru ku. Tak yah beli pre-mix, beli je Mint Leave pastu masak sekali dengan air teh. Segar weeeh! 

Friday, February 3, 2012

Fly-day Yeay #4

Lunch hour / Friday prayer break aku pi Jalan TAR. Teman kan adik aku nak beli tudung katanya. So, sambil menyelam minum air lah. Aku survey Pashmina. Heh, memang murah. But tak sama kualiti macam aku beli kat The Mall haritu. Walaupon dok beza mahai lebih kurang RM10, tapi aku suka! Dok kat tag tuh kata ade material silk, tak macam pon. Memang lebih ringan & nipis. Still aku prefer yang aku beli mahai tuh. End up, aku tak beli pashmina. Aku beli china silk square scarf. Heeee lebih mahal. Sebab cantik and boleh masuk dress aku, aku beli juga. Minggu depan, misi diteruskan ke The Mall.


Inilah pashmina yang aku suka tuh. Berat & drop dia cantik. *sila abaikan muka keras kejung itu. Heh*

Sent from my iPad

Thursday, February 2, 2012

Semalam Hari Wilayah.

Cuti lagi!?! Hihihi begitulah,... Awal tahun ni banyak sangat cuti nye, minggu depan ade cuti lagi!


Semalam, aku dah plan nak tinggal kan The Ziyaad with The Father. Chewaaaah, macam la nak tggl lama kan? Biasa kalau aku ada activity with my girlfriends aku akan bw budak2 sekali, just tinggalkan bapa dia sorang je. But yesterday, no kids allowed. Hahahaha Setengah hari je,.. I pi Shah Alam. Hihihi naik public transport lg, malas nak drive pi sana. So kalau DL dah bosan dok rumah dgn The Ziyaad boleh la bawa diorang jalan2 mall. :P


Pagi-pagi aku dah mood nak ber'girlfriend so ajak pi makan pagi kat Pelita. Si Liam ni pulak habis bergaya dengan goggle. Ah, layan kan aje, kang die jerit nangis aku malas nak dengar. Haih la anak, pandai sangat nak bergaya. Abis orang tengok kat kedai makan. Mujur COMEL. Ibu tak kesah.

Heeee kan I cakap nak pi Radiusite, akhirnya sampai juga tapi banyak stok dah takde. Ramai orang shopping online. Pastu singgah Sugarscarf! Yup, sama juga,.. But at least dapat try tudung awning tu. Memang tak beli kalau on9 muka I kecik, kalau nak beli kene try dulu. So tadi grab 1. Heeee mujur orang blanja tudung awning tuh. Pastu ade la beli blouse & inner neck. Suka sangat inner neck dia. Sedap pakai. Oh, ye jumpa jugak tuan punya kedai. Ahai, kurus je, tinggi & cantik juga. Eh, ke orang yang buka butik ni sume cantik2 !?!

 Meh nak tayang sikit pagi ni aku pakai Alexa inner neck dari sugarscarf.


Ok ni gambar semalam aku try cardi kat sugarscarf. Nice lah klu pakai dgn long dress or romper suit. Hihihi aku tak beli. Tapi kalau ade warna yang aku boleh match dengan dress aku mmg aku beli. ;)