Friday, August 12, 2011

Kisah Semalam…

… semalam sampai rumah jam 6.45 petang! huwaaaaaaaaaaaaaa memang tak sempat la nk memasak bagai. Mujur ade lauk frozen (bila masak lebih boleh simpan tuk buat lauk recycle Smile with tongue out) Sbelum pi keje pagi2 dah transfer lauk frozen ke fridge bawah, so laling sampai rumah 6.30 ptg terus keluarkan lauk n panaskan. Me masuk je pintu rumah, terus pi tengok dapur, hmmm laling tgh masak nasi. Alhamdulillah,.. ade lauk berbuka.


Oh ye, sebelum balik rumah, my laling singgah pasar keramat. Beli kerabu mangga, murtabak n popia basah je,.. Lepas berbuka memang teras badan sangat penat. Perut pon rase sakit2. Hmm baby minta berehat la tuh. Biasa lepas makan me akan kemas dapur n meja before perform solat, tp semalam dah tak leh tahan. terpaksa bagi my laling uruskan semua. Thank you laling Send a kissNak tau ape lauk frozen semalam?


Ketam Lemak Cili Padi! Memang kene makan dengan kerabu mangga yg laling beli. Nak resepi? Jom tengok bawah ni.

photo (4)Bahan-bahan:
*7 biji cili padi
*1/2 inci kunyit hidup
*2cmc belacan
1 kpg asam keping
2 batang serai diketuk
3 helai daun limau
1 biji kelapa - santan
6 ekor ketam
garam secukup rase.

Cara-cara:
1. Bahan-bahan * ditumbuk. Ditumis tanpa minyak. Masukkan juga asam keping, daun limau n serai. Curahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
2. Masukkan ketam. Tutup kuali sampai ketam agak masak, baru masukkan santan. Garam yg terakhir.


Oh ye gambar ni adalah mase hari pertama masak. tengok ade 6 ekor kan? tapi semalam tggl 2 ekor je. Cukup la utk berbuka n sahur pagi td. Alhamdulillah. Hmmm now uol dah tau la rahsia sy sempat masak kalau balik lambat. Bagus buat lauk frozen ni. Heeeeeee jimat! Tak yah beli lauk luar. Dear laling ni cerewet juga makan nye. So baik masak je dia kata. Yang mudah-mudah pon tak pe asalkan masak sendiri. Pernah lauk berbuka kitorang me hanya sempat goreng drummet ayamas n lemak kobis je. But puas hati bile makan.

Seminggu ni tenaga digunakan sepenuhnya. Me perlu supervise renovation kat Beverly Height, Ulu Kelang (ni rumah yang lain pula) Simple reno, pasang lampu, kipas, aircond and kitchen cabinet jer. My family nak move in before raya. Belom ade perancangan lagi nak stay sini lama (sini kalau sewa or jual memang boleh buat duit! Demand tinggi juga). InsyaAllah akan pindah semula ke setiawangsa bila kerja baik pulih n naik taraf rumah setiawangsa selesai. Semalam je dah 2 kali pi masuk kedai lampu, tukar barang n  beli lagi barang2 yang diperlukan. Bila kene pandu sendiri terasa penat nyer. Haih, nk hire chauffer lah! tp tak payah bayar gaji ade? hahaha

Teringat pula belanjawan bulan nih. Ye sudah lari budget. Hmmm kene la pi korek mane2. Nak raye ni. InsyaAllah akan usahakan bahagian orang lain di bawah amanah. Cuma Liam, sile minta grenma baju raya. Ibu boleh save untuk mende lain pulak. Memang biasa me tak beli kan baju Liam. Jarang sangat beli kan baju untuk dia. Sepanjang setahun baru 4 kali beli baju tuk dia. Skali beli memang impulse buying. Kebanyakan baju auntie2 and grenma yang bagi. Kdg baju sendat gak dia pakai kat rumah. Bila grenma bising, baru la ibu pi beli sehelai 2 baju. Punya la save ibu n papa Liam nih. Tak pelah,.. nanti bile duit dah berkepuk2 kite beli baju yer,.. Dalam list belanjawan ibu n papa ni masih ade bnyk lagi yg penting. Even wash machine yang segan2 je pusing nye pon ibu tak tukar. Sanggup lagi ibu yg mengandung ni basuh guna tangan jer,.. InsyaAllah akan tiba mase nye nnt. Sabar ye little family.

4 comments:

sayahappyslalu said...

husband aku tak makan lauk semalam (frozen).. jadi, hari-hari masak.. huhu

||kiena|| said...

tak pe ko gagah! hehehe aku tak gagah. bile blk awal je aku masak lauk baru. tak larat weeeeeeeeeeh.

Nur Farahiyah said...

masak lemak cili api letak daun kunyit best! hehe..sedapnye ketam, lama tak beli..kalo beli ketam, suh org jual tu siap2 buang shell die..tak reti nk buang sndri :p

||kiena|| said...

ha'ah daun kunyit naik bau!. tp daun kunyit tak tanam lagi. pokok daun limau je yg lebat kat rumah,.. hahaha