… hari tu ade masak Sotong 3 Rasa untuk berbuka puasa. Tapi sempat amik gambar dari kuali je, so klu tajuk tuh, ‘Dari Kuali’ memang kene sangat lah dengan gambar nye,.. kekeke. Okeh no reference for this recipe. I main campak2 je ikut rasa. Alhamdulillah jadi la jugak. Sotong ni masak sambal la paling sedap, tp,… sejak mengandung memang tak boleh makan pedas. Terpaksa la dear laling pon tak makan sambal bila kat rumah. Tapi kalau balik rumah my mum, mmg dia balun banyak kali sotong masak sambal. Fevret dia la tuh,..
What for Sotong 3 Rasa?
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 batang serai
(* dimayang)
3 helai cili kering - di kerat2
5 ekor sotong sederhana besar - dipotong kecil.
1 cmc sos tiram
1 cmc sos cili
1 cmc sos tomato
1 cmc sos ikan
1. Tumis bahan-bahan * dan cili kering dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sotong, sampai masak. Curahkan sedikit air.
3. Masukkan semua sos. And terakhir secukup garam. Kalau nk berkuah, tambahkan air.
Hmmm. petang ni nak makan ayam percik lah! huhuhu sempat kah? tengok je lah nnt, jd ke tak,.. setakat ni, mmg kebanyakan hari berbuka, me masih lagi memasak. kekadang je berbuka rumah mak and adik. Oh baru sekali berbuka luar bersama staff. Tapi lebih indah berbuka di rumah sendiri sebab ade banyak masa kualiti. Tadarus n tarawih. Mission untuk khatam Al-Quran masih lagi diteruskan... InsyaAllah,.. tinggal 10 je lagi,... Tahun lepas banyak tinggai, insyaAllah tahun ni dapat la kot! Chiayo!
3 comments:
sedap ni ken atry..folow kamu..
kiena, sos ikan pkai brand ape?
farah: kiena tak igt la sos ikan tuh brand ape,.. kekeke kene balik check. asal halal jer,.. sbb dear laling yg beli dulu,.. huhuhu
Post a Comment