Wednesday, August 31, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
Berbuka dengan Homemade Nasi Lemak…
Friday, August 19, 2011
Dari Kuali #2
Wednesday, August 17, 2011
Monday, August 15, 2011
How Liam’s Sleep…
Hah, amik kau! Anak siapa la ni? Sampai gini gaya tidurnya!
Pagi tadi my laling kejutkan sahur,
Laling : “ Sayang cube tengok Ilhaam tidur macammana..”
Me, Bangun dari tidur tengok bawah. Hah, kaki dah terjulur ke bawah!?! Haish,.. memang biasa kalau dia tidur lasak ke mana-mana aje kat kawasan katil. Tapi ni first time gaya kaki terjulur! hahaha comel lah anak ibu n papa ni,..
30 Years Together…
Friday, August 12, 2011
Kisah Semalam…
Oh ye, sebelum balik rumah, my laling singgah pasar keramat. Beli kerabu mangga, murtabak n popia basah je,.. Lepas berbuka memang teras badan sangat penat. Perut pon rase sakit2. Hmm baby minta berehat la tuh. Biasa lepas makan me akan kemas dapur n meja before perform solat, tp semalam dah tak leh tahan. terpaksa bagi my laling uruskan semua. Thank you laling Nak tau ape lauk frozen semalam?
Pudding Caramel.
Bahan-bahan:
3 biji telur
150ml whipping cream
100ml susu segar – I used dutch lady
2 sdbsr susu pekat manis
1 camca essen vanila
Gula hangus.
Cara-cara:
1. Buat gula hangus : 2 sdbsr gula dimasak sehingga perang n masukkan air utk mencairkan. Masukkan dalam loyang.
2. Hand whisk bahan-bahan yang lain. Jangan sampai terlalu berbuih. Nnti bnyk lubang bila dah masak.
3. Dituang atas gula hangus dan kukus selama 20min.
Wednesday, August 10, 2011
Kek Batik for Iftar
Tuesday, August 9, 2011
At 1a.m.
… in the morning, me bangunkan dear laling yang tengah nyenyak tidur disebelah bersama Liam. Sebab? Nak makan durian! Lepas ngaji n solat isya’, me penat sangat tertidur awal so tak sempat nk supper durian yg bawa balik dari kampung,.. Hmmm bila terjaga, sure la teringat nak makan. Hahaha dear laling menjadi mangsa. Ye, dia gagahkan diri juga untuk bangun demi nak bagi isteri n anak dia dlm perut ni nak makan durian. Thank you dear laling,… we love u soooooooooooooo much!
Sedap! Puas hati dapat makan n baru dapat tidur dengan lena,..
Oh, ye,… sekarang kami bergilir menyediakan makanan berbuka n sahur. Sahur biasa laling akan masak nasi n panaskan lauk, me pula masak untuk berbuka. Walaupon dok kalut sampai rumah dekat jam 6 tp alhamdulillah setakat ni sempat juga masak, at least 1 lauk. Dear laling biasa sampai rumah 6 lbh macam tu, so mmg me kene bersilat sorang2 kat rumah dengan si Liam yg macam2 perangai. Ada kala dia bg kerjasama main sendri, kadang2 mau perhatian, nak itu n ini. Hmmm nasib2 lah,..
Monday, August 8, 2011
Dari Kuali #1
So ada apa dengan Dari Kuali #1?
Nak bg resepi Asam Pedas Ayam. Cooked on Friday for iftar! Dear laling said, dah lama tak makan asam pedas sayang masak. Heh, mcm la lame sgt tak masak asam pedas,.. oh, the last time I cooked when we are still at Sentul! 3 months ago! lame la agaknya,.. tp bukan tak masak langsung,.. slalu masak fevret dish dia,.. Ayam masak lemak cili padi.
What’s for Asam Pedas Ayam?
Bahan Tumis:
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1cm kunyit hidup
2cm lengkuas
2 btg serai
(Semua bhn2 di atas di blend bersama)
3 sdbsr cili kisar
3 helai daun limau - dipecah2 (suke sgt letak daun nih, menaikkan aroma setiap masakan!)
Bahan Lain:
1/2 bahagian ayam.
1 sdbsr asam jawa (ikut selera sendri) di campurkan dgn 1 cwn air.
garam secukup rasa.
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Renehkan sehingga separuh masak.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul. Kalau nk bnyk kuah sila tambah air. begitu juga jika mahu tmbah asam.
4. Akhir sekali jgn lupa garam!
Nak selit gmbr dessert iftar on Friday! Pudding Caramel tuh sempat juge me buat! Hahaha resepi telah di olah! n Sgt puas hati! Sedap! :)) tp itu sata sgt tak sedap smpi tak leh telan! huh, laling menyesal beli! dah la 40sen/ 1 !