Wednesday, March 25, 2015

Mahu tetap disitu.


Kadang kita rasa nak kembali ke zaman kita belajar dulu. Tak da masalah. Eh? Tipu sangat tak dak masalah. Masalah pasti ada, cuma tak seperti sekarang. Kan? Ntah aku rasa zaman belajar lah zaman aku sangat gila! Kalau ingat ingat balik, nak ja tekup muka kat bantal & jerit kuat kuat. Betul. Sebab, ada sebahagian masa yang aku nak undur, dan mahu tetap disitu. Apa pon semua dah berlalu. Tak perlu la nak keluar ayat "ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA" Memang tak kan pernah dapat pon. Maka, teruskan apa yang ada. Jangan pernah berhenti disitu. Yang pernah ada, yang sedang ada, yang akan ada, semua dah ditentukan. Berdoa agar semua yang baik akan tetap disitu.

Kawan. 
Aku rasa banyak ja kawan yang aku hilang all the way,.. Maksudnya, bila kita semakin ke arah yang kita rasa mahu yang lebih baik, kita akan sedikit sedikit tinggalkan kawan kawan yang tak mau berubah dengan kita. Sungguh, aku rasa sedih. Sedih sebab kita rasa kita hilang kawan. Kalau boleh kita nak depa pon sama sama dengan kita. Tapi, aku sangat appreciate dengan kawan kawan yang masih bersama aku. Bergerak dalam kehidupan yang lebih baik dengan aku. Dalam susah senang, dalam tawa tangis. Memang, aku sangat selective bab kawan yang nak kongsi tangis dengan aku. Sebab aku rasa bab nangis ni sangat personel. Ada benda yang kita tak rasa boleh kongsi. Terima kasih kawan. Mungkin aku jarang sangat nak tanya khabar setiap seorang everyday. Tapi aku akan doakan kalian. Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. 

Ada cerita.
Bila kita rasa kita sangat senang dengan orang tu, tak kira baru kenal or dah lama kenal, kita akan sentiasa mahu bercerita. Terima kasih kerana menjadi teman cerita. Semoga cerita kita tak berhenti disitu. 

Kerja.
Tak kira masa. Setiap hari pon otak ingat kerja. Bukan workaholic.Tapi... Bila kerja sendiri, takkan pernah ada cuti untuk kerja. 24 jam 7 hari seminggu. Betul! You responsible to many people. No matter how hard life are. Just keep trying & move forward. Wish for the best. Allah will surely grant you accordingly & surely at the best time. He knows the best!

No comments: