Friday, March 27, 2015

How I work on Fly-Day Yeay!

Semua orang sure excited bila tiba hari Jumaat. Aku pon termasuk dalam golongan tu jugak laaa,.. tapi sejak sejak tak berapa boleh nak Yeay on Fly-Day, kene la aku cari cara cara meng'excite'kan diri bekerja. Gituuuuuu,.. Yang penting kerja kene la jalan. Jangan sebab mood kelaut semua pon kelaut. Oh oh no no noooooooooooooo!

Makanya aku pon terasa nak layan fav indoband dari zaman remaja sampai la zaman tak berapa remaja dah la ni! :P SHEILA ON 7! Kereeeeeeeeeeeeeeeen bangeeeet! Dari dulu tak pernah aku bosan. Lagipon lagu depa ni dulu ade kisah la berlaku masa zaman matrik dulu. Yup salah satu lagu mase tu, DAN by SO7 ade sorang mamat ngantar kat aku lagu tu. Siap tepon aku main gitar nyanyi kat aku. Alahaaaaai memang mamat ni aku reject dari dulu tak pernah pass dengan aku. Aku ni zaman matrik memang suka buat hal sendiri. Or dengan geng aku je. Kalau orang tak kenal memang kata aku ni sombong. Masuk kelas pon paling lambat. *tu lah aku kata dah dulu aku ni nakal, mujur mujur cepat sedar diri! Jangan sampai ke tua la perangai tak senonoh tu!* Paling aku geram mase tu budak laki pernah betting pasai aku. Hahaha... so kau nak kate aku poyo!?! Duh,.. 'Like i care la' mase tu. Kih kih kih. 


Nah ni mujur aku memang buat kerja CAD kat laptop. Only certain works je on iMac. Maka nya mula lah operasi full screen Music Video YouTube SO7! Aaaaaaah terhibur juga aku sambil sambil buat kerja CAD ni. Alaahaaaaaaaaaai memang bnyak lagi kene ammend drawing ni. Aku jadi nak muntah tengok sebab drawing ni dah berapa banyak kali minta tukar. Tak pe lah, Rezki Allah bagi ni. Laksanakan lah dengan penuh tanggungjawab gituuuuuu,.. *biasa la kan bz days, meja kerja memang lintang pukang!* Sempat  jugeeeeek update blog dulu sebelum pulang :P Selamat berhujung minggu!

Thursday, March 26, 2015

Sayang Kak Ngah,.. Sayang sangat


Jauh | Hani & Zue 

Setiap kali aku dengar lagu ni aku akan teringat kawan aku, Anis,..
Ya Allah sungguh besar dugaanmu sayang.
Lillahi.
Bergenang air mata aku.
Aku seperti mau terbang terus & mau berada disisi hang.
Lillahi.
Sebaik aku dengar khabar, tangan aku gatal sangat nak pi text laki yang hanya suami pada gelaran. Tapi perangai macam tikus menyorok bila bab tanggungjawab seorang suami.
Sungguh aku rasa jiwa aku meracau nak marah kat laki ni.
Memikirkan keadaan hang yang belum 100% sihat sempurna, 
Aku sedih sangat dengan perangai bodoh depa ni.
Apapon Kak Ngah, PLEASE PLEASE PLEASE BE STRONG!
Seperti selalu aku ingatkan kat hang,..
KESIHATAN yang UTAMA,
Hang sihat semua benda kau boleh laksanakan / fight dengan baik.
Ingat, apapon mesti untuk kau dulu, pastu anak anak.
Jaga DIRI hang DULU.
Jangan pernah menyerah kalah akan perjuangan hak isteri & juga anak-anak.
Jika yang terbaik adalah berpisah, lepaskan segala.
Jika disimpan, luka nya sekian parah & tak mungkin boleh dibalut lagi.
Lepaskanlah.
Lepaskanlah segala jerih perih duka siksa.
Perkara yang sakit pasti melemahkan.
Maka cari lah semangat & sentiasa positive!
 Supaya hati kita cepat redha Qada' & Qadar Allah ini.
Siapalah lah kita menidakkan perkara yang telah berlaku.
Semoga yang baik kan muncul.
Insyaallah.
Janji Allah itu pasti Kak Ngah...
Allah menduga, sebab Allah sayang Kak Ngah!
SAYANG SANGAT!
Mudahan ujian ni mendekatkan kita yang pernah terleka akan tanggungjawab kita kepadaNya.
Allah memang sayang Kak Ngah.

Wednesday, March 25, 2015

Mahu tetap disitu.


Kadang kita rasa nak kembali ke zaman kita belajar dulu. Tak da masalah. Eh? Tipu sangat tak dak masalah. Masalah pasti ada, cuma tak seperti sekarang. Kan? Ntah aku rasa zaman belajar lah zaman aku sangat gila! Kalau ingat ingat balik, nak ja tekup muka kat bantal & jerit kuat kuat. Betul. Sebab, ada sebahagian masa yang aku nak undur, dan mahu tetap disitu. Apa pon semua dah berlalu. Tak perlu la nak keluar ayat "ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA" Memang tak kan pernah dapat pon. Maka, teruskan apa yang ada. Jangan pernah berhenti disitu. Yang pernah ada, yang sedang ada, yang akan ada, semua dah ditentukan. Berdoa agar semua yang baik akan tetap disitu.

Kawan. 
Aku rasa banyak ja kawan yang aku hilang all the way,.. Maksudnya, bila kita semakin ke arah yang kita rasa mahu yang lebih baik, kita akan sedikit sedikit tinggalkan kawan kawan yang tak mau berubah dengan kita. Sungguh, aku rasa sedih. Sedih sebab kita rasa kita hilang kawan. Kalau boleh kita nak depa pon sama sama dengan kita. Tapi, aku sangat appreciate dengan kawan kawan yang masih bersama aku. Bergerak dalam kehidupan yang lebih baik dengan aku. Dalam susah senang, dalam tawa tangis. Memang, aku sangat selective bab kawan yang nak kongsi tangis dengan aku. Sebab aku rasa bab nangis ni sangat personel. Ada benda yang kita tak rasa boleh kongsi. Terima kasih kawan. Mungkin aku jarang sangat nak tanya khabar setiap seorang everyday. Tapi aku akan doakan kalian. Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. 

Ada cerita.
Bila kita rasa kita sangat senang dengan orang tu, tak kira baru kenal or dah lama kenal, kita akan sentiasa mahu bercerita. Terima kasih kerana menjadi teman cerita. Semoga cerita kita tak berhenti disitu. 

Kerja.
Tak kira masa. Setiap hari pon otak ingat kerja. Bukan workaholic.Tapi... Bila kerja sendiri, takkan pernah ada cuti untuk kerja. 24 jam 7 hari seminggu. Betul! You responsible to many people. No matter how hard life are. Just keep trying & move forward. Wish for the best. Allah will surely grant you accordingly & surely at the best time. He knows the best!

Tuesday, March 24, 2015

Old Fashion Pancake Resepi MatGebu




Bila mood ibu rajin, ibu akan prepare siap bekalan ahli rumah malam sebelum nya. So nak katanya malam tadi ibu rajin! Muahaha bancuh siap adunan pancake & bakar! Maka pagi nya ibu tinggal panaskan & spread the nutella sajoooooo! Hah! bijak tak ibu? Alasan ibu boleh bangun lambat sikit je,. kih kih kih 


Pagi tadi, seperti biasa Abang la peneman pagi ibu kat dapur. Abang memang mudah sangat bangun pagi siap pi school. Kadang dia bangun siap sendiri tak perlu orang kejutkan. Alhamdulillah. Tapi,... bila mengingatkan ragam adik! Alahaaaaaai tak tahu la acane ni tahun depan! Adik ni dari keluar rumah, sampai ke sekolah abang hantar abang, pastu sampi lagi ke rumah grenma sampai ke sudah susah nak celik mata. Mujur je kalau dia buka mata dari rumah. Kalau tak adegan le dari atas katil! Katanya adik sakit,... *minta dukung tak mau bangun sendiri! Dah dukung, kene terus masukkan dalam kereta* Haih,.. Ok ibu, jangan pening sekarang. Tahun depan baru start pening. :P


(Source copy paste: Blog Matgebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla 
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!...

Monday, March 23, 2015

Rambling of Working Mom - Hidup Itu Pilihan.


My small working table at home. Alhamdulillah may this little corner benefit forever.

Tuh, 2 makhluk peneman perati buat kerja :P

Dah sebulan. Yup, work day and night including weekend. Not to exclude the housechores, & daily cooking for the family. Orang panggil 'supermom' kononnya. Ntah, aku tak rasa 'super' pon. Tenaga dok nak kene charge je ni haaaa,.. I cannot in the side of lacking, sebab kalau bos pon tak de mood or kelaut dengan kerja, apatah lagi yang buat kerja bawah bawah ni. Sekarang memang banyak aku buat sendiri. Tak larat dah nak marah budak kerja, *aku ni bukan jenis suka bebel, tapi makan dalam le jugak bila asap naik kepala aku* sebab our expectation on them very high, but when we knew what they can only do, really pissed me off. Sungguh budak sekarang kalau nak banding kita dulu fresh graduate lain benar. Penat mikir masalah dunia ni,.. baik la aku settle kan apa yang aku boleh buat.  

Bekalan anak beranak di hari Isnin. Bekal abang dah masuk school bag, tinggal adik punya makan pagi & lauk lunch untuk rumah Grenma hari ni. Ade orang kata, buat pa susah2 masak kalau hantar rumah mak? Hidupkan pilihan. Aku pilih untuk bangun pagi siapkan semua. 

Kehidupan itu pilihan sendiri, Kau boleh je tak buat kerja rumah bila penat bekerja di seharian di office, tapi kau tetap pilih untuk teruskan kerja kerja dirumah. Sebab, kalau bertangguh lagi banyak kerja dihujung nya, Kau boleh je tak nak masak setiap hari, beli bungkus je tiap hari bagi anak-anak makan. Tapi hujungnya duit kau habis, anak anak tak appreciate cooking kau. Mana kau nak? Semua pon pilihan. Pilih lah yang terbaik, untuk kini & selamanya. Aku pon bukan rajin naw nak masak tung tang tung tang setiap hari. Ada ja hari yang aku penat sangat if aku sambung kerja kat rumah, so aku rancang bekalan makanan anak anak. Memang kalau ikut anak setiap hari nak ada bekal. Tapi dia tak kesah samada bekal tu ekspress bento eg. bun or waffle gardenia 80sen tu. Yang penting ade bento setiap hari. 

Aku teringat juga nota aku masa talk Sis Yasmin Mogahed,*sambil aku buat kerja volunteer, kadang telinga aku ni menangkap juga kata kata lecturer :)* She said, FIRST THING IN LIFE IS DO NOT NEGLECT YOURSELF! Maksudnya, apa pon, pentingkan diri sendiri dahulu, kita cari masa kita dahulu untuk build up own development! Never compromise our own time with ALLAH with other thing else. Our priority is build a good relationship with Allah. Betul, tak aku nafikan bila kita rasa down, cara terbaik adalah mengadu padaNya. Kelas usrah or islamic talk kebiasaannya worked on me untuk naikkan semangat aku yang kekadang melayang. Memang sebulan ni kelas usrah aku semua kelaut. Mujur ade juga usrah family every 2 weeks. Terjaga juga hati aku ni... Kalau nak lagi best, travel! Travel & enjoy the nature. Bukan shopping ye! Bila kita menikmati keindahan nature, surely we will turn back to the CREATOR, ALLAH. Makanya aku nak kumpul le sesikit apa yang ada. Target for HUTAN BELUM memang BELUM mampu lagi *bila pikir orang pegang duit kita tak pulang lagi pon dah down :'(*, pi pantai yang dekat dekat pon jadi lah,.. Sehari semalam pon dah ok. Hiburkan hati sendiri & anak anak. Tak sabar nak back to nature. InsyaAllah... 

Thursday, March 19, 2015

Rambling of Working Mom

Dear LOVE,

We LOVE you to moon & back.
Take care LOVE.

At-Taghabun: 11

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
No affliction comes about but by Allah's permission; and whoever believes in Allah, He guides aright his heart; and Allah is Cognizant of all things.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

---

LOVE 1: "Kadang bila dok sorang-sorang, terpikir takut jadi janda"
LOVE 2: "Buat apa nak takut? Hang lagi ok macam ni (uruskan anak2 & diri sendiri) daripada ada laki pon tak guna! Sama ja macam tak dak, baik tak ada. Senang! Selama ni pon kau sendiri." *mulut LOVE ni memang tak dak insuran sebab geram sangat*
LOVE 3: "Betul tu, tak dak apa nak takut. Hang kene pikir diri hang. Memang la sekarang anak-anak hang kecik. Sat jaaaa.. Nanti anak-anak hang dah besar, depa nanti jaga hang. Sabaq sikit ja" *LOVE ni memang tenang, steady & lembut. Tapi ada jaaa time dia gila :P*
LOVE 2: "Yang penting hang jaga diri hang. Bagi diri hang sihat sepenuhnya, hang sihat baru boleh jaga semua. Kalau hang dok dengan dia pon dok terseksa. Baik la dia lepas kan ja. Lebih mudah n tenang hang anak beranak."
LOVE 1: "Ok"

---

لايكلف الله نفساإلاوسعها لهاماكسبت وعليها مااكتسبت ربنا لا تؤاخذنآ إن نسينآ أو أخطأنا ربنا ولاتحمل عليناإصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولاتحملنا مالا طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنآ أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين
Allâh burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned. “Our Lord! Punish us not if we forget or fall into error, our Lord! Lay not on us a burden like that which You did lay on those before us (Jews and Christians); our Lord! Put not on us a burden greater than we have strength to bear. Pardon us and grant us Forgiveness. Have mercy on us. You are our Maulâ (Patron, Supporter and Protector, etc.) and give us victory over the disbelieving people.”

---

Teringat pula Sis Yasmin Mogahed dalam talk dia Finding Happiness in Life masa volunteer kat Marriage Conference. Few notes, yang aku sempat capture sambil bertugas:-

  •  Turn to Allah first, build relationship with Allah, Allah will fulfill our emptiness. Not human!
  •  The more we give our time for Allah, Allah will return us many more. The source of LOVE is Allah. 
  •  And we MUST REMEMBER, Only CREATOR rectify relationship of His creations.
  • The more we run to people just to receive happiness, the more they runaway.
  • The highest rank of LOVE is FISABILILLAH
  • Happiness is not dependent on taking it. It is more on giving. When Allah fulfill our emptiness, we do not need people to make/give us happiness. We are on the side of giving after being full by Allah. 


A Complementary Nite Stay on School Holiday...

After few weeks of hectic & busy with works, i finally took 1 day off for the family. Luckily i had a complementary one nite stay at JW Marriott KL which i didnt redeem and nearly to expire. Aaaaaah,.. so there goes our little family day on school holiday. Tak pa dalam KL tak payah nak pi drive jejauh. Jimat duit petrol. Dengan ekonomi sekarang, memang menuntut kita berjimat cermat *sedih pedih*


Nah! Budak yang paling excited skali bila ibu kata malam ni tdo hotel! Selagi ibu tak kemas beg nak pi hotel selagi tu la Si Abang dok memanjang tanya ibu, bila nak keluar luggage bag. Ohooooii tak pe laaaa memang depa la patut teruja bagai kan.







 Lepas check-in, kitorang fefeeling tourist la kat Bukit Bintang nuh. Hahaha boleh gituuu!?! Ok la kan, kitorang pon memang jarang sangat nak berjalan kat Bukit Bintang tu, Masuk Pavillion lah, Star Hill Gallery, & Lot 10 je.




 

Hasil berjalan sepanjang petang, the boys & ibu memang melepek balik tu. Malam tu just berehat-rehat dalam bilik sambil ibu sambung kerja ibu. Begitulah, walaupon bercuti masih dengan kerja yang tak berkesudahan. Apapon, hidup itu pilihan sendiri. 

*Allah tak selalu beri kehidupan yang mudah untuk kita, Allah juga tak memberi ujian melainkan tiada terdaya oleh hambanya.*




Bebudak ni bile kejut bangun "Bangun! Jom pi mandi pool!" bergegas celik mata sensorang. Haaaa adik yang susah bangun pon dok berusaha celik mata juga...






Memang berejam juga dok tggu diorang ni main dalam pool, Adik tu siap boleh terlemas, silap langkah ter'slip' le kaki nya.. tapi lepas tu dok sambung main lagi. Huh, tak reti takut sungguh budak ni. Kalau abang, bertuah le sambung semula! Sure dah naik dok sebelah ibu.


Agak agak dah kecut kulit the boys, ibu panggil naik, sambung mandi dalam bath tub plak kat bilik. Kalau tak kata gitu, harapan je la diorang nak naik atas!


Overall, the boys memang happy & enjoying one nite stay at JW Marriott KL! 

Lepas check-out, depa dengan hati yang paksa rela kene teman ibu running work errands! Haaa lunch pon bawah ofis ibu ja! Kata ibu kan budget. Itu pon dah sedap, dapat mana tempoyak ikan patin & sup tulang! pergghhhh memang marbeles. Dah la murah! Haaaa pelanggan tetap wajib le dapat rege special dr tuan kedai! Muahahaha. 



Tu diaaaaaaaaaa! Adik sampai lentok melentok penat sangat! 

Alhamdulillah, rezki dari Allah jua. 
Usaha mudahan Allah berkati dengan melimpahkan rezki yang baik & berterusan.

Monday, March 9, 2015

Rambling of Workingmom.

Perkara 1:

Me & The Ziyaads! Ni lah scenario setiap pagi hantar Liam pi skool! Si adik tu sokmo terlantar! Ibu pening mikior tahun depan adik masuk skool guane dik oooi!
Dah beberapa minggu aku dok sibuk dengan kerja sebagai Interior Designer, tak lupa juga kerja kerja part time on weekend. Memang, dah beberapa bulan ni weekend aku sangat full. Kesian juga kat the boys kat rumah. Luckily the boys ada 'superpapa'! Alhamdulillah Thank you papa for always be there for the boys. Ibu kene berusaha lebih tahun ni. Few things have been slipped away, i need to re-strategize and re-cope everything again. Macam ni lah, when you work on your own. Priority bekerja  itu bukan untuk diri sendiri, tapi lebih untuk membahagiakan orang lain. Ibu harap the boys bertabah dengan ibu. Yeah, ibu cuba sedaya upaya untuk spend quality time bersama the boys, walaupon siang nya ibu bekerja on weekend, pulang kerja penat macamana pon ibu sambung keluar and layan the boys. Rumah pon alhamdulillah masih managable. Sebab ibu memang pantang rumah macam tongkang pecah! *kecuali bilik the boys*. Bekal abam' pon setakat ni masih berterusan, masak everyday tetap! No matter how hard life will be, we surely are the best survivor. Next week cuti sekolah, i hope we can overnite somewhere and have some 'nature-fun'! *sebab ibu pon seperti mau bertenang*


Perkara 2:

"Rasa tak sedap hati.
Rasa sedih.
Rasa macam ada benda tak kena.
Tapi,
Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.
Biarlah sayang sayang melayang. * kalau boleh :'( *
Sebab hati aku macam terguris seperti ada benda yang terselindung.
Bukan nak kata tak percaya.
Tapi ada perkara yang buat aku tak boleh nak percaya 100%.
Bukan yang pertama kali, sudah beberapa kali."


Sebenarnya aku pon tak tahu nak buat apa or nak bagi kata apa kalau dah dapat ayat begini. 
Betul lah, kalau rasa sayang tu dah melekat, tak pakai gam gajah pon, still sayang tu memang dah pernah bertapak kat hati, orang tu buat apa pon or banyak mana pon kat kita, kita still masih mahu terus bersama. Nak plak kalau memang laki bini. Berapa banyak pon kesalahan yang pernah pasangan buat, brapa banyak kali pon kita mengeluh penat, kita masih berdiri di situ.
Kalau ikut aku yang mulut tak berapa nak insuran ni, memang aku kata tinggalkan aja. Sebab memang penat, aku plak yang merasa kan. Ye lah, macamana pon kita pasti terkesan di hati wpon bukan hal kita. Sebab kita sayang mereka. Sayang sangat! Nak pi peluk please...