Monday, December 29, 2014

The Ziyaads day out with Ibu & Papa.

Mulanya plan weekend lepas nak balik kampung. Tapi LPT exit Temerloh tutup sebab naik air, tidak la kami anak beranak pulang ke kampung. Kene tunda ke minggu berikutnya. Mudah-mudahan banjir reda secepat mungkin. Semoga mangsa mangsa banjir tabah & kuat menghadapi dugaan yang hebat ini. Allah bagi ujian kerana sayang kan hambaNya.

Makanya, last Sunday, Papa bawa kitorang berjalan jalan di Midvalley & The Gardens setelah 2 minggu tak bawa The Ziyaads berjalan di Shopping Mall. *last 2 weeks memang agak bz dengan kerja* Mujur anak anak sangat behave! Bukan jenis meminta sana sini. Cukup sekadar bagi depa jelajah bahagian mainan yang banyak banyak tu. Depa dok belek satu satu sampai puas! Penat tengok mainan, lunch The Chicken Rice Shop dulu, pastu sambung lagi tawaf tengok department toys tempat lain. Haaaaa mudah kan? 



Anak berebut iPad dengan Papa.


Penat berjalan, Papa kendong! Kasih Papa konsepnya :))
Alhamdulillah Allah bagi nikmat anak anak yang tak banyak ragam. 

Orang kata berjalan di Shopping Mall banyak habis duit. Bagi aku, terpulang kekuatan jiwa shopping korang tu acane. Kalau memang ada kemampuan n kemahuan memang akan ada je la yang dibelanja nya. Macam aku ni, sejak sejak orang hutang aku tak bayar ni, memang kemahuan berbelanja benda tak perlu tu mati. Sebab sakit hati -___-' Sungguh depa ingat kita ni tak dak komitmen kah? Siap tanya ada project ka dak! Ingat ada company sendiri boleh sesuka hati keluarkan duit company untuk keperluan personal. Depa ni tak paham cashflow la tu. Kalau macam ni punya mentaliti memang pentingkan diri sendiri. Hang ni memang jaga poket sendiri ja!?! What's IN is priority for the staff.  Kebajikan staff harus la dijaga. Allah itu Maha Adil, hang buat kat orang sat lagi orang buat kat hang plak. Apa susah? Allah ada. 

Enough rambling pasai hutang. 

Cuma nya tak kira apa pon, berbelanjalah secara berhemah. Jangan dok sibuk berbelanja sana sini, padahal tak mampu nk jaga kebajikan orang lain. Kalau hanya mampu pakai kete kancil, jangan lagaknya seperti mampu pakai kereta Merc, paham kah? 

No comments: