Thursday, November 6, 2014

Moved from Apartment to Semi-D

Alhamdulillah hampir sebulan berpindah rumah Mak kat Setiawangsa (rumah tempat aku membesar). Bukan tinggal bersama mak bapak ku ye,.. Huuu actually rumah ni dah tak berpenghuni hampir 2 years. My dad baru buat minor renovation & maintenance. Yelah rumah dah berusia lebih 15 tahun. What to expect on the piping semua kan? Bila nak betulkan sistem piping tu, dapat le upgrade toilet semua. Level atas je,.. Level bawah masih remain the same. Ade sikit sikit tukar sanitary je,.. Apapon Alhamdulillah keadaan rumah dah sempurna untuk dihuni. My parents sayang sungguh rumah ni, sebab tu tak mau bg sewa. Elok bagi anak-anak yang jagakan rumah ni. Sekali sekala depa nk mai overnight pon senang.



Proses nak pindah dari apartment ku yang hanya 1400sqft tu pon amik masa sebulan! Pasai kami tak guna movers or whatsoever. Jimat budget, angkat sikit sikit, guna kereta ja,.. Lepas tu wiken ku pon asyik la bnyak aktiviti nye,.. tak boleh nak make-full-use on weekends.



Makanya hari kerja sebelum pi kerja tu, angkut kotak sikit sikit pi hantar. Aku ni plak jenis, kalau dah hantar barang nak terus kemas masuk dalam tempat yang sepatutnya. Lagi la lambat prosesnya. Sebab aku ni jenis serabut kalau mai sedempuk nak kemas semua. Pening plak tang mana nak start dulu. Perkara yang aku settle kan adalah our mini library at family hall, upper floor.



Siap angkut kemas buku semua, baru la angkat perkakas barang dapur. Ya ampun sungguh la banyak barang dapur ku,.. Pinggan mangkuk, segala mak nenek mesin utk bake, pastry, bread bagai! Ada ja mesin yang dah jadi tukun kat apartment aku dulu. Ye lah aku ni jenis tak boleh banyak sangat barang atas kitchen counter, sebab dok apartment mana la aku nak ada meja makan semua. Situ la tempat untuk makan, preparing foods, baking, etc. Dah duduk rumah Setiawangsa ni, mudah mudahan segala mesin yang aku ada tu tak jadi tukun la ye,.. Nanti amik tempat memasing. LOL! 




Aku suka nak siapkan barang dapur ni kemas & cantik. Tak decorate living pon tak pa, yang penting dapur! Haaaa sebab dia, takut bapak mai buat spot-check! Hahaha. Dari dulu bapak aku memang suka lepak kat dapur rumah ni. Dia ada favorite spot kat dapur tu. Dia akan duduk ja, or minum makan or tgk Ipad. Dapur ni special & ada sentimental value sebab dia yang design. The 1st proper kitchen dia buat untuk my mom. Ya Allaaaaaah,.. Seriously, bapak ku design kitchen cabinet ni design yang memang everlasting! You can never go wrong with classic design. Material pon penting! Kitchen cabinet ni guna solid wood & solid surface. Alhamdulillah lasted for more than 15 years & counting. So paham la kan kenapa depa nak anak anak yang dok mai jaga rumah ni. :P Oh, ade satu pintu cabinet ja yang tak siap betulkan lagi. But functional je kitchen ni... 

Dah selesai kitchen & dining baru la segala mak nenek baju baju! Yang ni lagi horror,.. Sampai sekarang aku tak sudah lagi sort n susun baju betul betul dalam almari (read baju lama budak budak yang dah tak pakai). Nak pula almari ni beli from IKEA, pastu yang aku beli hanya interior compartment & carcass je laa. Pintu aku tak beli lagi sebab pintu almari yang aku nak tu out of stock, berapa kali pi dah, slalunya tak sempat nak beli. Masuk je stock baru, habis! haih laaa maka nya almari baju untuk upper floor tu melopong! Nampak segala isi dalam...



Tak pe lah, ada masa ibu nak cari duit lain beli pintu lemari saje! :P Ye lah asal masuk IKEA je asyik ade damage. Ritu pi beli curtain rail utk upper floor termasuk la day & sheer curtain nye. Haaaa dapat la siapkan bilik the boys tu proper sikit. Huuu heee.. Aku ni memang jenis malas nk pi tempah and survey (padahal kerja interior designer! bila rumah sendiri semua ready-made je) memang option nye IKEA! Haaaaaa ongkos nya pon tak berapa nak ada juga ni,.. Pi IKEA boleh buat hutang! LOL! :P



Haaaa nampak tak contengan kat headboard katil the boys? Huuu heee ini adalah katil ihsan dari bapak ku,.. Adik adik perepuan aku yang kecik tu dah besar panjang, depa kene tukar katil dah! Makanya menurun la katil depa ni kat the boys! Tu pasai la ada warna pink. Sebab abang suka warna blue, dia dah pilih katil yang headboard biru. Adik nasib belum kisah suka warna apa. Semua warna pon dia dok kata hijau! Hai laaaa anaaaak,.. Ermm perasan tak tak sama panjang labuh langsir tu? Haaaa itu kerja ibu the boys lettew! Penat hokkay ibu jahit tangan bahagian bawah tu,... lama tak 'menyembat' konsep nya! Apapon bilik ni kemas nya sekejap je! The boys ni tersangat la rajin mengumbah segala mainan. Merata seluruh pelusuk bilik tu ada ja mainan bersepah. Kadang ibu menjerit terpijak mainan! Saboooo je lah! Bila suruh kemas, abang pandai jawab "Nanti nak main lagi la ibuuuu..." Haaaaa acane? Ikut lah anak, yang penting satu bilik je bersepah! Territory bawah ibu punyaaaaa! Nanti ibu bertukar hijau jadi THE INCREDIBLE HULK!

Overall, ibu missed our apartment!!! Haaaa ibu boleh panggil the boys tanpa ada jeritan. Nak kemas dapur pon kecik je,. Tak banyak langkah nak jalan,.. Dah la ibu ni pantang dapur tak bersih or kemas,.. kejap kejap pi dapur! Ground floor memang ibu sangat le menjaga kekemasan nye. Upper floor ibu tak kisah sgt nak jadi apa. Sebab biasa orang mai pon dok bawah jaaaa,.. (tapi sebenarnya ibu nak meraung nak start kemas atas tu,.. anak anak punya mainan adooooilaaa! penat ibu clasified kan tempat simpan mainan depa, sudah nya depa buat langsung tak dak clasification!!! ibu klu masuk bilik depa memang buat tak nampak)

No comments: