Wednesday, November 26, 2014

My little poser of the day!

Hari ni nenek pengasuh depa cuti. Hari ni juga ibu ada appoinment doc (soon will post about it ๐Ÿ˜‰). Maka perlu lah ibu mengheret 2 anak-tak-berapa-bujang-lagi bersama ibu hari ni. Destinasi pertama wajib lah hospital, destinasi wajib kedua adalah office. Ada la plak meeting dengan orang hari ni. Kalau tak memang nak terus balik rumah je. Dengan tekak & hidung sudah ada simptom mau demam. Perit tekak telan bagai semua ni. Nasib baik adik tak meragam pagi tadi untuk bersiap. Abang,  seperti biasa senang diurus. Aku tak tahu la adik ni menurun perangai sapa. Pening ibu & papa dia. Kalau ibu dia, memang cepat naik darah dengan dia sorang saja. Ibu ni kat rumah dah macam incredible hulk or tarzan kalau dok kat rumah bertiga dengan depa saja. ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ท

Ok nah nak belanja pose depa sebelum keluar rumah pagi tadi. 




Abang memang seorang poser cilik! Adik on the way! ๐Ÿ˜

Tuesday, November 25, 2014

Tempe makanan Jawa katanya,..

Selalu orang kaitkan Tempe dengan Jawa. Haaaa betul ke tidak? 90% betul lah kot. Kalau balik Johor (family my dad ada darah Jawa) memang akan ada lauk berasaskan Tempe ni. Goreng kunyit saja pon dah sedap. The Ziyaads pon suka makan Tempe ni! Lauk lain dah tak nak, Tempe & nasi je depa makan.

Semalam, sebab teringat ada Tempe sebelum kene campak masuk tong, aku pon goreng Tempe & Sohun. Tempe ni tak leh simpan lama kalau dah beli. Nanti rasa ada rasa masam. Ceritanya masa aku tengah prepare tempe ni, belum goreng, baru gaul dengan garam kunyit si adik ni masuk dapur & tengok ada tempe dalam bekas, "Ibuuuu.. Adik nak makan ni!" sambil tangan dia nak amik satu nak makan agaknya. Maka ibu pon kata blom masak lagi, tunggu masak boleh makan dengan nasi. Dengan pasrah si adik pergi ke depan, living room tengok TV dengan abang.Gituuu,.. 

Ok ni resepi hentam aku. 

1. Bawang putih, bawang besar, cili merah (semua dihiris) di tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan Sohun & sedikit air untuk melembutkan.
3. Sedikit kicap manis & kicap masin.
4. Masukkan carrot/sayur kacang (kacang panjang) & tempe yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang.

Monday, November 24, 2014

Valentine Roti.

Cari kawan biar macam cermin.
Kita gembira, dia gembira.  
Kita sedih, dia sedih.
Jangan cari macam duit syiling.  
Depan lain belakang lain.

--- 
Cerita pasai kawan, kita memang ada banyak group of friends. Ye lah masa skolah rendah lain, skolah menengah lain, matriks lagi, universiti lah, pastu tempat kerja, Haaaa pastu kawan kepada kawan lagi, kawan spouse lagi. Haaa kalau kat wassap tu dok masuk macam macam group. Kalau nak privasi, kluar group or mute kan aje! Gituuuu. Tak kesah sebenarnya semua group kawan tu macamana, asalkan tidak membawa keburukan & negative vibes pada kita. Kalau agak agak kawan tu dok asyik bagi negative vibes je, pandai pandai la mulakan langkah. Samada menegur atau angkat kaki. Paham? Huuuu heeee. Haah kite pon ade je kawan yang dulu kite rapaaaaat sangat, tapi bila semakin dewasa ni, semakin banyak perkara yang kita cuba untuk perbaiki. Maka haluan kami dah tak sama, then i decided to walk away. Agaknya dia pon relief kot,.. dah takde orang nak tunjuk baik kat dia. LOL! 

So, ni nak citer pasal group #chikebom plak. Kih kih kih comel tak nama kami? Aaaaa ni sebenarnya geng ID, USM aku. Geng satu studio! Kalau dah nama nya budak HBP memang banyak le masa dok studio je! Balik hostel hanya untuk tidor mandi salin baju. Aaaaa mujur je tu dapat tidur kat hostel, sebenarnya slalu tidur kat studio! Budak archi & ID memana sure citer dia sama juga! Studio ku tempat tidur ku. Gituu konsepnya.

Sabtu lepas, salah sorang geng #chikeboms yang dok Ipoh mai turun KL. Kami ni jenis kalau geng mai, ada masa, jom jumpa makan! Tak cukup korum pon tak pa, mana yang free mai jumpa lepak! Haaa gituuuu semangat setiakawan ka setiawangsa? Eh setiawangsa tu rumah aku, Kih kih kih. So kitorang plan malam yang kawan sampai KL, melepak di Valentine Roti, Jalan Semarak. Kedai ni memang femes amos le dengan kerangupan roti canai dia. Tak percaya boleh cuba sendiri! Klau nak pi waze je :


Serius rangup roti kosong dia ni! Korang try la nan dia pon sedap roti die...
 Now 'GOMPROL' time! wuuuu heeeee orang puny kite tumpang jeeee,.. 







Nampak tak semua orang berpasang-pasangan & berfamily, tapi aku ni sensorang! Haaaa sebab anak demam, ibu je pi hang out dengan #chikeboms sat! Kebetulan plak malam dating tu hujan lebat le hai!  Papa tolong jaga anak-anak! Yup, me time sangat kan! Terima kasil DL lain kali nak buat lagi! kih kih kih

Aaaa ada satu lagi nak cerita! Makcik (Aunty) Valentine (owner) dia pon osem sangat! PR sangat bagus! Layan semua pelanggan dengan senyuman. Kebetulan plak malam kami pi tu ade orang buat shooting. Nak tau citer apa kan kene la tnya, so sambil Aunty Valentine tu hantar air kat kami, sorang drpd kami tanya Aunty "Tengah shooting citer apa Aunty?"ร„unty pon tak tau, kejap Aunty tanya Uncle" Aunty pon beredar, pi kat belakang tanya Uncle. Mai balik kat kami and bagitau, "Cerita hantu" Kami semua gelak sakan! Seriously Aunty ni pi tanya & bagi jawapan kat kami. Terbaeeeeek le Aunty! We love yuuuuw Aunty!

Eh, soalan Pah masa kat meja makan ritu belom terjawab lagi. Bila & mana next holiday trip #chikeboms ? Obviously le tahun depan kan! Yang dah confirm dalam Malaysia, mana & bila tak jawab lagi... aaaa krik krik krik,...



Saturday, November 22, 2014

White Bread Recipe for Bread Maker




INGREDIENTS:


1 cup water
1 teaspoon salt
2 tablespoons vegetable oil
2 tablespoons white sugar
2 tablespoons milk powder
3 cups bread flour
1/2 teaspoon bread improver.
1 1/4 teaspoons active dry yeast

DIRECTIONS:

1. Place ingredients in the pan of the bread machine in the order recommended by the manufacturer. Select basic white bread cycle; press Start.

**My 2nd attempt. And I finally bake a good one! Do try it! Originally the recipe didn't add bread improver, and I have a doubt about it & add to mine. Alhamdulillah turns out great. The kids eat on its own while it's warm & love it soooo much! ๐Ÿ˜ป

Monday, November 17, 2014

Twins of Faith, Family Gathering 2014.






Have you bought your Twins of Faith 2014 tickets yet? You don't want to miss out on this years theme- "World of the Unseen!"


Which topics are you looking forward to at the Twins of Faith 2014 - World of the Unseen?

Get your tickets TODAY at RM200 price>>>http://my.twinsoffaith.com/
*Online tickets sales ENDS 7th DEC- walk-in ticket price is RM270, so get them now!:)*





---

Alhamdulillah this year gonna be my 4th year volunteering in this Twins of Faith, Family Festival!
Which areas am always on to? Hahaha sebab masa 1st time volunteering, my Bobot (aka adik) is attached with me, so decided to volunteer in Mother's Room. Senang nak breastfeed Bobot, he was 6 months back then. Alhamdulillah it was a good experience being a volunteer. Insyaallah trying my best to participate with the team every year.

Bagi yang 1st time attending or tak pernah masuk Mother's Room masa Twins of Faith in previous years and this year you need to be in the Mother's Room, worry not! For toddler and children age 4 and below are only allowed to be in the mothers room with their mothers and its free. There will be a live feed from the main hall in the mothers room inshaAllah. We try our best to accommodate the mom's & baby's need.


So as a volunteer, we have the advantage to give you a special price then!
Now, via website no more early bird price, its full price :-)

Interested?
Do PM me via email/WA. 
sakinaadam[at]gmail[dot]com

Tuesday, November 11, 2014

Slow-roasted Chicken w/ Lemon & Thyme.



Sejak dapat MC ni dok rumah memang sangat la bosan nya,.. Memang tak senang duduk. Ke hulu ke hilir dalam rumah. Sat naik atas kemas atas, sat dok bawah tengok dapur. Biasa kemas ni atas tu memang bertahan sekejap je! Sanggup lagi dok dapur lelama. Tengok barang barang dapur apa yang boleh buat. Pastu google resipi. Makanya mencuba la resipi ni 'Slow-roasted Chicken w/ Lemon & Thyme' ni. Abang Liam suka sangat makan ayam ni,.. 

Nah resipi & cara!



1. Satu kan bahan tumbuk (3 bawang putih & 1 bawang merah), 7 ketul ayam potong kecil, half lemon (slices), thyme, black pepper, sedikit madu, garam & oil.



2. Masukkan dalam loyang & tutup dengan aluminium foil Dan Bakar selama 1 1/2jam pada suhu 160 degree.


3. Selepas 1 1/2jam sambung bakar selama 30 minit dengan dibuka aluminium foil td.

4. Siap & hidang.

Thursday, November 6, 2014

Moved from Apartment to Semi-D

Alhamdulillah hampir sebulan berpindah rumah Mak kat Setiawangsa (rumah tempat aku membesar). Bukan tinggal bersama mak bapak ku ye,.. Huuu actually rumah ni dah tak berpenghuni hampir 2 years. My dad baru buat minor renovation & maintenance. Yelah rumah dah berusia lebih 15 tahun. What to expect on the piping semua kan? Bila nak betulkan sistem piping tu, dapat le upgrade toilet semua. Level atas je,.. Level bawah masih remain the same. Ade sikit sikit tukar sanitary je,.. Apapon Alhamdulillah keadaan rumah dah sempurna untuk dihuni. My parents sayang sungguh rumah ni, sebab tu tak mau bg sewa. Elok bagi anak-anak yang jagakan rumah ni. Sekali sekala depa nk mai overnight pon senang.



Proses nak pindah dari apartment ku yang hanya 1400sqft tu pon amik masa sebulan! Pasai kami tak guna movers or whatsoever. Jimat budget, angkat sikit sikit, guna kereta ja,.. Lepas tu wiken ku pon asyik la bnyak aktiviti nye,.. tak boleh nak make-full-use on weekends.



Makanya hari kerja sebelum pi kerja tu, angkut kotak sikit sikit pi hantar. Aku ni plak jenis, kalau dah hantar barang nak terus kemas masuk dalam tempat yang sepatutnya. Lagi la lambat prosesnya. Sebab aku ni jenis serabut kalau mai sedempuk nak kemas semua. Pening plak tang mana nak start dulu. Perkara yang aku settle kan adalah our mini library at family hall, upper floor.



Siap angkut kemas buku semua, baru la angkat perkakas barang dapur. Ya ampun sungguh la banyak barang dapur ku,.. Pinggan mangkuk, segala mak nenek mesin utk bake, pastry, bread bagai! Ada ja mesin yang dah jadi tukun kat apartment aku dulu. Ye lah aku ni jenis tak boleh banyak sangat barang atas kitchen counter, sebab dok apartment mana la aku nak ada meja makan semua. Situ la tempat untuk makan, preparing foods, baking, etc. Dah duduk rumah Setiawangsa ni, mudah mudahan segala mesin yang aku ada tu tak jadi tukun la ye,.. Nanti amik tempat memasing. LOL! 




Aku suka nak siapkan barang dapur ni kemas & cantik. Tak decorate living pon tak pa, yang penting dapur! Haaaa sebab dia, takut bapak mai buat spot-check! Hahaha. Dari dulu bapak aku memang suka lepak kat dapur rumah ni. Dia ada favorite spot kat dapur tu. Dia akan duduk ja, or minum makan or tgk Ipad. Dapur ni special & ada sentimental value sebab dia yang design. The 1st proper kitchen dia buat untuk my mom. Ya Allaaaaaah,.. Seriously, bapak ku design kitchen cabinet ni design yang memang everlasting! You can never go wrong with classic design. Material pon penting! Kitchen cabinet ni guna solid wood & solid surface. Alhamdulillah lasted for more than 15 years & counting. So paham la kan kenapa depa nak anak anak yang dok mai jaga rumah ni. :P Oh, ade satu pintu cabinet ja yang tak siap betulkan lagi. But functional je kitchen ni... 

Dah selesai kitchen & dining baru la segala mak nenek baju baju! Yang ni lagi horror,.. Sampai sekarang aku tak sudah lagi sort n susun baju betul betul dalam almari (read baju lama budak budak yang dah tak pakai). Nak pula almari ni beli from IKEA, pastu yang aku beli hanya interior compartment & carcass je laa. Pintu aku tak beli lagi sebab pintu almari yang aku nak tu out of stock, berapa kali pi dah, slalunya tak sempat nak beli. Masuk je stock baru, habis! haih laaa maka nya almari baju untuk upper floor tu melopong! Nampak segala isi dalam...



Tak pe lah, ada masa ibu nak cari duit lain beli pintu lemari saje! :P Ye lah asal masuk IKEA je asyik ade damage. Ritu pi beli curtain rail utk upper floor termasuk la day & sheer curtain nye. Haaaa dapat la siapkan bilik the boys tu proper sikit. Huuu heee.. Aku ni memang jenis malas nk pi tempah and survey (padahal kerja interior designer! bila rumah sendiri semua ready-made je) memang option nye IKEA! Haaaaaa ongkos nya pon tak berapa nak ada juga ni,.. Pi IKEA boleh buat hutang! LOL! :P



Haaaa nampak tak contengan kat headboard katil the boys? Huuu heee ini adalah katil ihsan dari bapak ku,.. Adik adik perepuan aku yang kecik tu dah besar panjang, depa kene tukar katil dah! Makanya menurun la katil depa ni kat the boys! Tu pasai la ada warna pink. Sebab abang suka warna blue, dia dah pilih katil yang headboard biru. Adik nasib belum kisah suka warna apa. Semua warna pon dia dok kata hijau! Hai laaaa anaaaak,.. Ermm perasan tak tak sama panjang labuh langsir tu? Haaaa itu kerja ibu the boys lettew! Penat hokkay ibu jahit tangan bahagian bawah tu,... lama tak 'menyembat' konsep nya! Apapon bilik ni kemas nya sekejap je! The boys ni tersangat la rajin mengumbah segala mainan. Merata seluruh pelusuk bilik tu ada ja mainan bersepah. Kadang ibu menjerit terpijak mainan! Saboooo je lah! Bila suruh kemas, abang pandai jawab "Nanti nak main lagi la ibuuuu..." Haaaaa acane? Ikut lah anak, yang penting satu bilik je bersepah! Territory bawah ibu punyaaaaa! Nanti ibu bertukar hijau jadi THE INCREDIBLE HULK!

Overall, ibu missed our apartment!!! Haaaa ibu boleh panggil the boys tanpa ada jeritan. Nak kemas dapur pon kecik je,. Tak banyak langkah nak jalan,.. Dah la ibu ni pantang dapur tak bersih or kemas,.. kejap kejap pi dapur! Ground floor memang ibu sangat le menjaga kekemasan nye. Upper floor ibu tak kisah sgt nak jadi apa. Sebab biasa orang mai pon dok bawah jaaaa,.. (tapi sebenarnya ibu nak meraung nak start kemas atas tu,.. anak anak punya mainan adooooilaaa! penat ibu clasified kan tempat simpan mainan depa, sudah nya depa buat langsung tak dak clasification!!! ibu klu masuk bilik depa memang buat tak nampak)

Tuesday, November 4, 2014

Surely Man is Very Unjust,..

Surah Ibrahim 14:34

ูˆَุขุชَุงูƒُู… ู…ِّู† ูƒُู„ِّ ู…َุง ุณَุฃَู„ْุชُู…ُูˆู‡ُ ูˆَุฅِู† ุชَุนُุฏُّูˆุง ู†ِุนْู…َุชَ ุงู„ู„َّู‡ِ ู„َุง ุชُุญْุตُูˆู‡َุง ุฅِู†َّ ุงู„ْุฅِู†ุณَุงู†َ ู„َุธَู„ُูˆู…ٌ ูƒَูَّุงุฑٌ

And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah's favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.


Dearest.

And always be.


ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ 
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ูˆ ุงู„ุดูƒุฑ ู„ู„ู‡ 

Surely.
Verily.
Allah favored me.
A lot.
Numbers to count.
These would be one of the reason I should not be ungrateful. 

---

Ada waktu Allah memberi serta menguji.
Ada waktu Allah memberi tanpa menguji.
Terkadang ujian-Nya tak terjangkau dek akal manusia.

Adakala hati penat menanggung ujian-Nya.
Keluh kesah.
Memang lumrah manusia.
Menuding menyalahkan.
Terlupa bahagian diri sendiri.
Yang sentiasa ada khilaf.

 ุฃุณุชุบูุฑ ุงู„ู„ู‡
I seek forgiveness from Allah

Muhasabah perlu.
Agar bertambah Imaan & Taqwaa.