Thursday, April 30, 2009

Interested to join?

Ntah camane ari ni terase mau bace email2 di acc. YAHOO... slalu malas je bace kt acc. nih,... (terajin la plak di kala bnyk keje nih!?!) klu rajin pon nk bace acc. gmail aje,.. hahahaha YAHOO bnyk SPAM~ buhsan laaa asyik nk kene delete beratus2 email skali bukak! (seminggu skali je buka YAHOO, tuh pon klu rajin =p) so terajin juge bace email dr Izwan:-

kina,


promote la kt kwn2...if they may interested to join.

Rgds,
Izwan

Assalamualaikum w.b.t.


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan sebuah konvensyen bertajuk:


Berakhirnya Agenda Zionis

Bermula pada: May 9, ‘09 08:00a
Berakhir pada: May 9, ‘09 5:00p
Lokasi: Dewan Merdeka, PWTC


Untuk gambar klik disini.

Untuk tentatif klik disini.

Untuk profile ahli panel klik disini


Tajuk?


Berakhirnya Agenda Zionis
Tajuk diatas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalannya adalah: Benarkah agenda zionis telah berakhir ? Apakah agenda zionis itu ? Bagaimana ia berakhir ? Siapa yng bertanggugjawab menamatkan riwayat zionis itu?
Klik disini untuk terus membaca

Sasaran?

Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” ini mensasarkan golongan “belia” muslim untuk menghadirinya. Ini kerana mereka adalah sebuah kumpulan dalam masyarakat yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, amat bermaknalah kehadiran mereka ke dalam seminar seperti ini, agar mereka lebih dahulu mengetahui titik-titik kelemahan Zionis sehinggakan agenda utama mereka itu terhenti dan berakhir.
Dalam masa yang sama pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran “masyarakat pelbagai lapisan” untuk sama-sama menyemarakkan lagi seminar yang julung kali diadakan ini.
Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul dan menghimpunkan seramai 3,000 peserta bagi menghadiri seminar ini.


Pendaftaran?


Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:

[Muaz: 013 3044180] - [ Zaizul: 019 6641406] - [ Dr. Kamil: 016 9490623] - [Dr. Kamsani: 013 6130189]

[Pn. Suriani: 019 6654746] - [Pn. Kamisah: 019 2796792]

e-mail: amanpalestin@ yahoo.com

Website: http://kbaz. net/

Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad
[Tel(Office) : 03 89267019] [Fax: 03 89259963] [Tel(Mobile) : 017 2672122]


Pendaftaran SMS?

Jika tuan/puan/saudara/ saudari berminat, sila sahkan kehadiran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan cara berikut:

Taipkan (NAMA),(NO MYKAD) dan SMS kepada 019-6077372
Yuran boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari konvensyen.

Berminat menaja?

Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.

Derma bolehlah disalurkan kepada:

Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717


Tidak dapat hadir?

Mungkin kerana ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan atau anda tidak dapat berada di Kuala Lumpur pada waktu tersebut. Jangan bimbang, hantarlah anak-anak remaja anda ke konvensyen tersebut. Jika anda pelajar luar negara, promosikan konvensyen ini kepada rakan-rakan atau adik-adik anda di blog-blog dan email dll. Hantarkan kepada sesiapa sahaja yang anda rasakan memenuhi krateria seorang 'belia'. Isu Palestin adalah isu semua umat Islam, bukan sekadar isu bangsa atau ideologi.

Hanya Allah yang dapat membalas usaha kalian membantu rakyat Malaysia memahami isu di Palestin.

Sekian, terima kasih.

Mohd Ferdaus Mohd Tahar

1 comment:

Anonymous said...

salam, nama yang last mcm kenal, thanks sbb forward message ni dlm ur personal blog.ramadhan kareem!

ferdaus tahar
ibnutoha.wordpess.com