Thursday, December 4, 2014

Roasted Chicken w Dash of Sanquick

Kalau hampir setiap hari masak, sure ade satu hari kita rasa malas nak masak kan... Sama la macam aku, memang jenis akan masak juga macamana pon. Sebab aku ni jenis bekalkan lauk makan untuk anak bila hantar ke rumah nenek pengasuh. Kira nya nenek pengasuh just masak nasi ja makan tengahari untuk anak aku. Lauk tengahari wajib bekalkan, walaupon telur goreng saja kekadang tu. Anak aku ni, kalau telur goreng, kicap & nasi pon dah boleh tambah makannya. Cuma aku tak masak makan pagi untuk depa ja. Pagi tu kan ada ja orang jual nasi lemak kueh bagai, makanya aku singgah beli je untuk makan pagi depa. Kalau aku rajin, aku buat la fav makanan depa, macaroni! 


Roasted Chicken adalah menu malas aku. 

Oh ya.. Aku memang ada basic marinate recipe for Roasted Chicken / Meat. Bila ada basic, nak variety with adding any to your taste is your choice. 


Basic marinate recipe : Garlic, Black Pepper, Honey, Dark Soy Sauce, Salt.
Add to your taste : Thyme/Rosemary/etc.
Roast for about 45mins in 170 degree.

Semalam rasa nak bagi rasa sedikit fusion, aku add sedikit Sanquick (yang untuk buat air tuuu,..) Haaaa cuba lah! Kalau asyik dok bakar ayam ni dengan rasa yang sama, nanti bebudak ni bosan pulak kan,.. Tapi semalam memang depa ni makan nasi agak banyak juga! Depa ni kalau ayam yang panggang memanis memang sukaaaa sangat! Si abang tu, ibu baru je keluarkan ayam ni dari oven, terus menerpa!

 "Ibu, abang nak makan nasi dengan ayam ni! Abang suka ayam ni, manis!" 

Senyum lebar hati berbunga dengar abang kata gitu,.. Abang ni memang pandai sangat ambil hati! Satu je jangan buat, Jangan mainkan hati perempuan ye anak oooi! 

Tuesday, December 2, 2014

The Color of My LOVE



Red and white.
Resemblance of my LOVE story.

Therefore.

I love you.

For the rest of my life.

Promise me.

Promise you.

Monday, December 1, 2014

Throwback ID works..








I rarely share my INTERIOR DESIGN WORKS in my blog. 
Now am throwback one of it.
Long time ago.
Now i think they have shuffled or extra items/accessories.

I am thankful to be part of the team and contributed something to the project. It may be small contribution, but still, having the opportunity and gaining experience is the worth of all.


---


Dealing people is a skill.

Tackle their attention is a skill.

Consulting is also a skill.

Do you master all your skills?

I don't (yet). 

Insyaallah I am giving my best for their best.

When the hard times come, don't give up.

Over come it!

The trial will keep you moving forward.



Wednesday, November 26, 2014

My little poser of the day!

Hari ni nenek pengasuh depa cuti. Hari ni juga ibu ada appoinment doc (soon will post about it 😉). Maka perlu lah ibu mengheret 2 anak-tak-berapa-bujang-lagi bersama ibu hari ni. Destinasi pertama wajib lah hospital, destinasi wajib kedua adalah office. Ada la plak meeting dengan orang hari ni. Kalau tak memang nak terus balik rumah je. Dengan tekak & hidung sudah ada simptom mau demam. Perit tekak telan bagai semua ni. Nasib baik adik tak meragam pagi tadi untuk bersiap. Abang,  seperti biasa senang diurus. Aku tak tahu la adik ni menurun perangai sapa. Pening ibu & papa dia. Kalau ibu dia, memang cepat naik darah dengan dia sorang saja. Ibu ni kat rumah dah macam incredible hulk or tarzan kalau dok kat rumah bertiga dengan depa saja. 😣😩😷

Ok nah nak belanja pose depa sebelum keluar rumah pagi tadi. 




Abang memang seorang poser cilik! Adik on the way! 😝

Tuesday, November 25, 2014

Tempe makanan Jawa katanya,..

Selalu orang kaitkan Tempe dengan Jawa. Haaaa betul ke tidak? 90% betul lah kot. Kalau balik Johor (family my dad ada darah Jawa) memang akan ada lauk berasaskan Tempe ni. Goreng kunyit saja pon dah sedap. The Ziyaads pon suka makan Tempe ni! Lauk lain dah tak nak, Tempe & nasi je depa makan.

Semalam, sebab teringat ada Tempe sebelum kene campak masuk tong, aku pon goreng Tempe & Sohun. Tempe ni tak leh simpan lama kalau dah beli. Nanti rasa ada rasa masam. Ceritanya masa aku tengah prepare tempe ni, belum goreng, baru gaul dengan garam kunyit si adik ni masuk dapur & tengok ada tempe dalam bekas, "Ibuuuu.. Adik nak makan ni!" sambil tangan dia nak amik satu nak makan agaknya. Maka ibu pon kata blom masak lagi, tunggu masak boleh makan dengan nasi. Dengan pasrah si adik pergi ke depan, living room tengok TV dengan abang.Gituuu,.. 

Ok ni resepi hentam aku. 

1. Bawang putih, bawang besar, cili merah (semua dihiris) di tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan Sohun & sedikit air untuk melembutkan.
3. Sedikit kicap manis & kicap masin.
4. Masukkan carrot/sayur kacang (kacang panjang) & tempe yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang.

Monday, November 24, 2014

Valentine Roti.

Cari kawan biar macam cermin.
Kita gembira, dia gembira.  
Kita sedih, dia sedih.
Jangan cari macam duit syiling.  
Depan lain belakang lain.

--- 
Cerita pasai kawan, kita memang ada banyak group of friends. Ye lah masa skolah rendah lain, skolah menengah lain, matriks lagi, universiti lah, pastu tempat kerja, Haaaa pastu kawan kepada kawan lagi, kawan spouse lagi. Haaa kalau kat wassap tu dok masuk macam macam group. Kalau nak privasi, kluar group or mute kan aje! Gituuuu. Tak kesah sebenarnya semua group kawan tu macamana, asalkan tidak membawa keburukan & negative vibes pada kita. Kalau agak agak kawan tu dok asyik bagi negative vibes je, pandai pandai la mulakan langkah. Samada menegur atau angkat kaki. Paham? Huuuu heeee. Haah kite pon ade je kawan yang dulu kite rapaaaaat sangat, tapi bila semakin dewasa ni, semakin banyak perkara yang kita cuba untuk perbaiki. Maka haluan kami dah tak sama, then i decided to walk away. Agaknya dia pon relief kot,.. dah takde orang nak tunjuk baik kat dia. LOL! 

So, ni nak citer pasal group #chikebom plak. Kih kih kih comel tak nama kami? Aaaaa ni sebenarnya geng ID, USM aku. Geng satu studio! Kalau dah nama nya budak HBP memang banyak le masa dok studio je! Balik hostel hanya untuk tidor mandi salin baju. Aaaaa mujur je tu dapat tidur kat hostel, sebenarnya slalu tidur kat studio! Budak archi & ID memana sure citer dia sama juga! Studio ku tempat tidur ku. Gituu konsepnya.

Sabtu lepas, salah sorang geng #chikeboms yang dok Ipoh mai turun KL. Kami ni jenis kalau geng mai, ada masa, jom jumpa makan! Tak cukup korum pon tak pa, mana yang free mai jumpa lepak! Haaa gituuuu semangat setiakawan ka setiawangsa? Eh setiawangsa tu rumah aku, Kih kih kih. So kitorang plan malam yang kawan sampai KL, melepak di Valentine Roti, Jalan Semarak. Kedai ni memang femes amos le dengan kerangupan roti canai dia. Tak percaya boleh cuba sendiri! Klau nak pi waze je :


Serius rangup roti kosong dia ni! Korang try la nan dia pon sedap roti die...
 Now 'GOMPROL' time! wuuuu heeeee orang puny kite tumpang jeeee,.. 







Nampak tak semua orang berpasang-pasangan & berfamily, tapi aku ni sensorang! Haaaa sebab anak demam, ibu je pi hang out dengan #chikeboms sat! Kebetulan plak malam dating tu hujan lebat le hai!  Papa tolong jaga anak-anak! Yup, me time sangat kan! Terima kasil DL lain kali nak buat lagi! kih kih kih

Aaaa ada satu lagi nak cerita! Makcik (Aunty) Valentine (owner) dia pon osem sangat! PR sangat bagus! Layan semua pelanggan dengan senyuman. Kebetulan plak malam kami pi tu ade orang buat shooting. Nak tau citer apa kan kene la tnya, so sambil Aunty Valentine tu hantar air kat kami, sorang drpd kami tanya Aunty "Tengah shooting citer apa Aunty?"Äunty pon tak tau, kejap Aunty tanya Uncle" Aunty pon beredar, pi kat belakang tanya Uncle. Mai balik kat kami and bagitau, "Cerita hantu" Kami semua gelak sakan! Seriously Aunty ni pi tanya & bagi jawapan kat kami. Terbaeeeeek le Aunty! We love yuuuuw Aunty!

Eh, soalan Pah masa kat meja makan ritu belom terjawab lagi. Bila & mana next holiday trip #chikeboms ? Obviously le tahun depan kan! Yang dah confirm dalam Malaysia, mana & bila tak jawab lagi... aaaa krik krik krik,...



Saturday, November 22, 2014

White Bread Recipe for Bread Maker




INGREDIENTS:


1 cup water
1 teaspoon salt
2 tablespoons vegetable oil
2 tablespoons white sugar
2 tablespoons milk powder
3 cups bread flour
1/2 teaspoon bread improver.
1 1/4 teaspoons active dry yeast

DIRECTIONS:

1. Place ingredients in the pan of the bread machine in the order recommended by the manufacturer. Select basic white bread cycle; press Start.

**My 2nd attempt. And I finally bake a good one! Do try it! Originally the recipe didn't add bread improver, and I have a doubt about it & add to mine. Alhamdulillah turns out great. The kids eat on its own while it's warm & love it soooo much! 😻