Sunday, October 12, 2014

Photo Booth for Wedding.

Bila ada kenduri kahwin in the family, sure semua seronok. Masing masing nak amik bahagian untuk membantu bagi menjayakan majlis. Sampai bahagian masing masing tu memang kepakaran depa. Sapa jadi tukang sambut, sapa yang handle makanan, goodie bag, candy corner, etc.
Sekarang ni pi mana pon macam wajib ada plak candy corner & photo booth. Nak buat meriah katanya. Ye lah kalau idak, budak-budak ni bosan kene heret pi makan kenduri dengan mak pak. Hahaha, The Ziyaads setakat ni kecik lagi nak paham kene heret ke dak. Depa ni asalkan dapat keluar rumah pon dah best. Dok rumah saja, depa jem! Kih kih kih.

So yang aku nak cerita ni pasai Photo Booth yang aku dok buat la. Huuu heee sesuai dah la dengan kerja yang aku dok buat kan. ID dengan Photo Booth tu tak lari jauh mana pon. Tapi actually mende alah ni takda rancangan dari awal. Sebab aku dok tunggu green light dari tuan rumah, nak buat apa n camana. Aku pon sibuk kerja, tak dak masa nk pikior. Sudahnya hari bertandang tu sehari sebelum majlis (dah la sampai lewat petang sebab pi lepas kerja Jumaat tu), sesampai ja terus dapat amanat & green light. Terus cus cas cus ke Nilai 3. Nasib baik rumah tuan rumah kat Putra Mahkota, kluar kol 630 petang sempat je nak shopping kat kedai Thank Q, Nilai 3 tu! Aku tak sempat nk draft atas kertas apa aku nk buat, masuk ja terus ja sambar apa yang menarik, sambil draft design dalam kepala otak. Gituuuu macam terrer sangat bunyi nyaaaa,.. Huuu heee...

Kalau ade lampu lap lip lap lagi ohsem!

Ahli jawatankuasa Photo Booth 

Malam tu kami dok set Photo Booth kat tempat ni, sebab aku suka sangat wakaf ni.
Sekali esok tu mak iols soh ubah tempat lain, (sekali lagi iols sampai lambat :P mak dah sampai dulu..) depa dah tolong transfer kan pi wakaf lain. So aku tinggal supervise ja kerja depa sebab depa tau cmana. :))

Semangat mak iols panjat memanjat! :P







No comments: