What is important having a daughter is to make sure their daughter married to a good and quality man.
~ Bapak kata itu yang merisaukan dia.
Surah Al-Anfal : 28
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
And know that your property and your children are a temptation, and that Allah is He with Whom there is a mighty reward.
Kite pon risau anak anak laki kite ni akan jadi 'good & quality man' dak nanti.
Bercinta kemain.
Dah kawen takut nanti membebankan isteri.
Semua lepas kan kat isteri.
Suami ada kuasa katanya.
Kene dengar & ikut kata suami.
Kite tak nak la anak kite jadi suami yang tahu mengarah je.
Kite nak anak kite suami yg romantik, bertanggungjawab & membantu isteri seperti Rasulullah.
Bila baca kisah Rasulullah, kite nak anak kite pon macam tu.
Kite nak anak laki kite sentiasa membantu isteri walaupon penat berdakwah/bekerja.
Kite nak anak laki kite jadi suami & ketua keluarga yang hebat.
Suami yang hebat insyaallah isteri & anak anak juga akan hebat.
Semoga Allah memberi ilham & kekuatan untuk kite mendidik & membesarkan The Ziyaads.
Ibu suka nak ingat kan The Ziyaads;
Tanggungjawab bukan bermaksud kuasa veto itu suami & menundukkan semua itu isteri.
Do & Yes Only.
Never, Do & No.
Bertimbang rasa tolak ansur muafakat saling melengkapi.
Mungkin suami ada salah, isteri ada betul.
Yang betul akan berada betul.
Yang salah akan berada salah.
Kadang yang kita rasa betul bagi kita salah bagi dia.
Jelaskan.
Terima pandangan, terima kesilapan.
Atuk slalu pesan,
"Bincang dulu, mak & abah pon slalu berbincang."
Yang ibu paham atuk nak sampaikan kat ibu dulu adalah, suami bukan hanya memberi arahan, isteri bukan hanya menerima arahan.
Begitu juga sebaliknya
(ibu memang punya strong character, ibu kadang boleh jadi Queen Control,
sebab tu atuk suka pesan kat ibu)
Suami isteri harus ada perbincangan.
Perlu komunikasi 2 hala.
Tiada guna perbincangan jika suami sahaja yang mahu menang.
Saling memberi & berbalas kata untuk kesejahteraan bersama.
Suami perlukan teguran & ingatan, isteri juga sama.
Kalau ikut emosi, berkuasakan ego pasti semua jadi salah.
Turunkan ego mu, kawal emosi mu menggunakan akal yang bijaksana.
Apa pon,..
Komunikasi sangat penting dalam setiap hubungan.
Semoga Allah kirimkan hikmah.