Monday, December 22, 2008

Berjemaah lah Wahai Sahabat...

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.


Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

"Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah."

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Alhamdulillah, i LOVE berjemaah dgn my LALING,.. my 1st Jemaah wif him was solat sunat nikah,.. It was very precious and gave me lots of feelings,.. Yup, i did fall in love wif him deeply d moment we had jemaah,..n THANKFUL to HIM as HE gave me a good IMAAM @ KHALIFAH (InsyaAllah). I always had in mind, " A MAN WHO CAN BE IMAAM, INSYAALLAH CAN BE A GOOD KHALIFAH" Ameen...


1 comment:

Unknown said...

heee hmm terpikir, "a good ma'mum is a good follower" (erkss mcm nk hi-light diri sndr jer! InsyaAllah...)LOVE