Monday, April 16, 2012

Live, Life & Learn #4

Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi berada di Majlis Ilmu. Setiap hari Jumaat jam 9mlm, di Masjid Muadz Setiawangsa, Habib Ali Zainal Abidin Akan mengadakan majlis ta'lim, membahaskan kitab2 terpilih seperti

Tafsir AlQuran
Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad

Sekiranya tiada kesempatan & kemudahan untuk menghadiri, boleh juga livestream di website: http://www.darulmurtadza.com/





Subhanallah, muslimin & muslimah yg hadir rata-rata adalah golongan muda. Sungguh mereka ini pencinta ilmu. Walaupon menggendong yang masih kecil, mereka masih mampu menghadirkan diri di majlis ilmu sebegini. *ada disebelah saya ibu yg baru melahirkan anak kecil 17hari yang lalu* Allahuakbar. Sungguh terkesima. Memang kalau Ada anak kecil bersama, agak sukar untuk kita menumpukan sepenuh perhatian atas ceramah yang diberi. At least, sedikit sebanyak masih Ada ilmu yang dapat diperolehi. Alhamdulillah.

***
Di bawah adalah keynotes yg sempat ditaip dalam hp *bila mana Bobot dapat beri kerjasama, sempat lah menaip keynotes, alhamdulillah* semoga memberi manfaat bersama.

Albaqarah: 243

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Have you not considered those who went forth from their homes, for fear of death, and they were thousands, then Allah said to them, Die; again He gave them life; most surely Allah is Gracious to people, but most people are not grateful.

Kematian pasti akan dtg. Maka jgn kamu lari.
Lari dr kematian adalah sia2
Keadaan mati yg bagaimana kita ingin kan?
Yg beri hidup itu Allah, yg mematikan juga allah
* Kisah org beriman ke atas tuhan budak kecik. Di mana 3 Kali dicuba bunuh tp x berjaya. Menunjukkan kekuasaan Allah. Percaya qada & qadar.
* Saidina umar masuk kg yg terkena musibah taun. Disuruh keluar rakyat ke tmpt lain. "lari dr ketentuan Allah kepada ketentuan Allah yang lain"
Redha. Jgn lari dr ketentuan Allah. >> Jgn sekali "andai/jikalau"
Dissebalik ketentuan tersembunyi rahmat Allah untuk disyukuri. Sesungguhnya kita X dapat menilai disebalik apa yg kita tak nmpk.

Atas hak yg tak diberi perlu kita tenang. Cari baik Nya disitu, keselesaan itulah yg diberi oleh Allah.

Berkasih & bersahabat kerana Allah.

Allahuma a inna ala dzikri ka wa syukri ka wa husni ibadatik. >> Amalan yg patut dilakukan slps fajar: wirid.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: