A friend is someone who can see the truth and pain in you even when you are fooling everyone else.
- Unknown
Kisahnya, bila 2 orang makcik sakit sakit badan perlukan massage, terus google Tanamera spa. Kenapa Tanamera? Sebab aku macam dok dengar orang kata syok pi spa sana. Maka, makcik sorang lagi pon Google. Pastu nak spa yang located kat KL Sentral. Senang le makcik sorang tu nak balik Shah Alam guna public transport. Maka pencarian google bagi result, one spa at SOOKA SENTRAL. Suka juga la makcik berdua! Memang sangat strategic. Makcik sorang pon call booked appoinment. Rupanya spa tu bukan nama Tanamera Wellness Spa dah. Depa dah jadi Alammi Spa, but still using Tanamera Product with same management & staff. Masuk je premis depa ni memang rasa cosy sangat, newly renovated for new image & name la kan!
Sebelum mulakan massage, depa hidang ginger tea. Aku sooooka sangat! Sedap! Terbaik la untuk buang angin dengan pekena massage lagi,..
We had VIP room for our massage therapy, this is for couple room. Actually boleh je amik bilik berasingan, tapi kami ni nak bergossip bersama sambil massage. Padahal bila memasing kene massage memasing dok menahan geli n sakit mana patut lah. Hahahaha. Sambil tu kami pon buat sessi temuramah therapist mengenai produk Tanamera yang depa guna ni lah. Seriusly sedap massage dia, boleh pilih pelbagai jenis massage, & pakej. Yang kami amik ni, Traditional Massage & Body Scrub (1.5 jam) dengan harga RM230. Untuk keterangan lanjut mengenai pakej depa boleh la pi terjah! huuu heee tak rugi pon cuba. Aku ni jenis badan banyak angin, and kene berurut. Bagi aku massage depa memang sesuai dengan aku, bukan jenis urut tekan lembut, tapi kalau hampa tak tahan boleh je minta therapist perlahankan tekanan urutan. Aku just minta medium je, sat lagi hard menjerit jerit le aku dalam bilik tu. :P
End of our massage pon masih lagi diberi ginger tea yang sedap tu. Terlupa plak nak beli (-_-')
Terima kasih atas Alammi Spa! Massage best!
InsyaAllah will come again for massage & may be other treatment!
We really enjoyed our first time here!
Alummi Spa, Sooka Sentral menyediakan perkhidmatan:
- Aura Massage
- Malay Massage
- Aroma Massage
- Neck & Shoulder
- Reflexology
- Facial
- Body Scrub
- Body Bath
- Steam Bath
- Tangas
- Pedicure / Manicure
- Bridal Program
- Postnatal Care
Do contact Alammi Spa, Sooka Sentral at 03-2785 1815 for more details.
Also at Concorde Hotel Shah Alam (03-5511 0200)
No comments:
Post a Comment