
Monday, April 16, 2012
Live, Life & Learn #4

Thursday, March 29, 2012
Live, Life & Learn #3
- Posted using BlogPress from my iPad
Tuesday, March 27, 2012
Live, Life & Learn #2
Tuesday, March 13, 2012
Wahai Bidadari Dunia,..
Alhamdulillah, walaupon ada sedikit kekangan dalam belanjawan keluarga bulan ini, dapat juga disisipkan sedikit wang untuk Konvokesyen Bidadari Dunia. Jom bidadari dunia sekalian kita imarahkan taman ilmu. Dari dok bershopping je apakata kita pi beli saham akhirat pula. InsyaAllah banyak ilmu akan kita perolehi. Nak pi belajar or baca sendiri memang agak liat or menuntut masa *tak semua ya* Dah ada peluang begini, jangan disia-siakan. Melihat penceramah dan program yang disediakan pon dah menarik. Paling aku suka ada Ustazah Rubiah, Dr. Muhaya, Dr. Harlina dan ramai lagi. *Ya Allah kau permudahkan lah niat ku dan urusan ku ke arah yang lebih baik* Last time nak pi productivemuslim tak kesampaian, mudahan kali ini tercapai. InsyaAllah.
Wednesday, September 22, 2010
Tahukah wahai suami,..?
Tuesday, September 21, 2010
Kahwin cepat cepat
Thursday, July 29, 2010
From Dad's Desk,..
Knowledge, guidance and reminder is to be shared, so i picked this note :
"And live with them honorably."[4:19].
Each of them must fulfill his or her duties for the marriage to succeed. Allah said, what translated means,
"And they (women) have rights (over their husbands) similar (to those of their husbands) over them as regards to what is reasonable, but men have a degree (of responsibility) over them.) [2:228].
Women must fulfill their duties towards their husbands. Men must treat their wives fairly and fulfill their duties towards them, too. A happy marriage is assured if both the husband and the wife preserve each others' rights. A marriage that does the opposite is a miserable one.
The Sunnah of the Prophet is full of advice of what brings about a successful marriage. He said, what translated means, "Treat women fairly. The woman was created from a bent rib. The most bent part of the rib is the top. If you want to straighten it, you will break it. If you left it, it will stay bent. So treat women fairly." [Al- Bukhari & Muslim]. In this Hadith, the Prophet orders men to be fair with their wives and to treat them in the best manner. He described forcing a woman to change some of her attitudes as breaking the rib, and breaking the rib here means divorce. The Prophet was seeking to protect marriage from what may destroy it. He said, what translated means, "No Mu'min (believer) should dislike his believing wife. If he does not like her attitude (in some matters), (then) he will like another." [Muslim].
The Prophet advises men as how to have a good marriage. Men must ignore some of their wives mistakes and attitudes as long as they are not sins. The Prophet acknowledges that changing these attitudes is difficult. Women, Just like men, are not perfect. To enjoy marriage, men must forgive the bad attitudes and habits, and remember, the good ones. Surely in most cases, the good sides are more than the bad sides. For the husband to hate his wife, ignoring the good in her, means the destruction of their marriage. Many men want their wives to be perfect. This is not possible to achieve. If men ignore this fact, then misery and depression will fill their marriage, and this may lead to divorce. The Prophet advises the believers to protect their marriage by correcting the impermissible behavior of their wives, and not force change in matters that are not sins.
The wife has certain duties and rights. The rights include providing for her needs of food, clothing, housing and respect. The Prophet said, what translated means, "They have upon you (the rights) of providing for them and clothing, as regards to what is reasonable" [At-Tirmithi]. Also, the Prophet said to a questioner: "(Her rights upon you) is to feed her when you eat, buy her clothes when you buy for yourself, not to smack her on the face, not to curse her and not to ignore her (if you have a difference with her) but in the house." [Ahmad].
The wife has the right to be respected and treated fairly. Being unjust with the wife is impermissible. The Prophet gave us the perfect example of how a righteous believer should treat his wife. What men cannot control matters of the heart) must not affect the way they treat their wives.
Tuesday, May 4, 2010
Doa Amalan Sebelum & Semasa Mengandung
Tuesday, October 6, 2009
Pesanan utk semua
Pesanan Ustzh Siti Nur Bahyah mengenai 8P dlm perkahwinan n kehidupan suami isteri:
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya
Monday, May 4, 2009
Food for Our Soul~
1) Terima dan tolak ansur
- penerimaan sebelum berkahwin n selepas berkahwin,.. tp yg plg penting penerimaan sblum berkahwin,..
Hujah saya: Ok, sblum kahwin kite kene paham bidang kerja bakal pasangan kite, jika sbelum kahwin die sgt sibuk dgn kerja die,.. jgnlah kite harapkan selepas berkahwin die akan kurg kan waktu kerje die utk kite,.. cube faham situasi kerja die,.. mcm Niyl die sgt memahami tugas suami die sbg Businessman yg kurg mase utk family,.. but die percaya sgala ape yg suami die kerja kan adalah utk die n bakal anak2 die nnt (Niyl tgh mengandung (^^,))
2) Kejar masa pasangan
- jike kite tau pasangan kite kurg ade mase dgn kite,.. plan dgn baik aktiviti yg dpt dilakukan sekiranya si suami punyai mase yg bersesuaian,..
Hujah saya: sy slalu kejar waktu my Laling,.. sy akan tanya die bile yg die free and sy akan aturkan aktiviti yg dpt dilakukan bersama,.. sbb klu nk tunggu die pulang rumah lewat mlm suda tentu sy suda tidor,. n sy ni klu da tdo mmg da x sedar sekeliling! my Laling kate tdo mati! ahahaha klu die pulang pon sy x sedar n da x layan die,.. so bile die free n sy free sy akan layan die sebaik mungkin! n klu die keje sbtu ahad sy akan tepon die sblum o hampir waktu lunch tny die dah makan ke blum n klu blum sy akan ajak die makan skali n then die smbung smule keje die di opis,.. x dpt waktu lunch,.. petang tuh tea break kejap pon jd,.. biase nye tea break ni klu hari2 biase klu die pulang lewat malam,.. teman kan die mkn mlm trus.. so nnt die blk mlm xde la sy kene bangun utk sediakan makan mlm die,.. (ngeh3 nih mmg x leh tahan! susa mau bgun klu suda tdo!adeeeeeeh)
3) Ingat - mengingati
- jgn terlalu mengharapkan 100% pasangan kite ingt sume tarikh2 penting, xperlu merajuk juge klu die x igt,.. x salah pon klu masing2 saling memperingati antara 1 sama lain,. klu pasangan ade wat salah ker saling perbetulkan
Hujah sy: sy pernah dgr motivasi pg,.. kaunsellor tuh menegaskan setiap pasangan merupakan cermin kepada pasangan nyer,.. jike pasangan tuh lihat ade sesuatu yg x kene pada pasangan nyer pasangan itu perlu menegur,.. n pasangannya pula perlu mengambil kire teguran,.. Alhamdulillah kami saling mengingati antara 1 sama lain,.. i LOVE when my Laling crite pasal ceramah yg die dgr,.. yup eventhough he is still in learning process (die suke dgr ceramah agama kt Youtube lepas bangun suboh)
4) Komunikasi
-sentiase update perkembangan pasangan
Hujah sy: jgnlah kite da tahu pasangan kite busy langsung kite x call amik tahu perkembangan die, sakit ke? pening ke? da makan ke? ahahahha sy slalu tepon my Laling n k tahu perkembangan diri die kt opis,.. ade satu malam tuh, sy terlalu bz bermain internet smpi terlupe nk call die,.. alih2 die yg call tny saya "syg, syg xmo tahu ke Laling nih OK ke x,..?" ahahaha sian my Laling,.. sorry yer,... another thing sy slalu berbincang dg my Laling perancangan masa depan kitorg n family cashflow,.. everymonth sy akan tgk cashflow n berbincang dgn my Laling target kitorg,.. yup mmg komunikasi sgt penting,.. kene slalu ingatkan pasangan masing2 dgn future plan.. dgn nak masuk rumah bru,.. nk beli furniture pastu electrics fittings mmg sume nih perlukan list n cashflow,.. mmg awal2 nk mulakan kehidupan sgt perit n bnyk sgt kekangan,.. yg penting masing2 saling memahami tanggungjawab masing2 dlm membina kehidupan,.. even klu sy kurang berpuas hati sy akan cr mase yg sesuai utk ungkapkan,... slalunye bile mood my Laling Ok sy akan bgtau tau die ape yg sy rase,.. mengakui kesalahan yg kite wat n nyatakan pandangan kite,. at least die tahu sy wat sbb ape,.. sy mmg suke bgtau ape yg sy rase supaya die lebih memahami sy,.. kitorg xde fasa bercinte n fasa memahami sblum berkahwin, so lepas berkahwin la sume fasa kitorg kene lalui,..
5) Sentuhan peribadi
- tangan dan senyuman yg menyambut kepulangan suami, hidangan air dr isteri
Hujah saya: hmm perbanyakkan ciuman dan salaman antara suami isteri, ini secara x langsung menambahkan keintiman n kemesraan antara suami isteri,.. sy xkesah klu org kate sy ngade2 sbb sy mmg suke jer cium (dahi, 2 belah pipi mmg tempat wajib), even my Laling mau p kedai dkt dgn rumah kejap pon sy akan pastikan ciuman n salam! blum tentu lg die slamat pulang ke rumah n mungkin itu ciuman terakhir yg sy dpt,.. tp slalu sy mendoakan agar suami sy slamat pergi n kembali,.. satu lagi ungkapan syg! nih pon kene slalu,.. agar die sntiase tahu bhw die punyai isteri yg menyayangi die, n sentiasa beringt dgn segala gerak geri die,.. slalu jer ade case sblum bercinter amboi2! syg la rindu la,.. da kawen sume pon hilang,.. nauzubillah,..
TIPS kpd PASANGAN BUSY dr SEMANIS KURMA
S - Sentuhan, senyuman
I - Idaman (suami / isteri IDAMAN; soleh/solehah)
B - Belaian (umur meningkat belaian yg diingini meningkat)
U - Ungkapan (kasih, cinta)
K - Kejutan manis , Keredhaan
p/s : doa sy x dpt nk salin so klu mau sila p tgk kt laman web TV9 n tgk lah Semanis Kurma,.. sgt bgus bg pasangan suami isteri tgk rancangan ni~ske sgt,..
Thursday, April 30, 2009
Interested to join?
kina,
promote la kt kwn2...if they may interested to join.
Rgds,
Izwan
Assalamualaikum w.b.t.
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan sebuah konvensyen bertajuk:
Berakhirnya Agenda Zionis
| Bermula pada: | May 9, ‘09 08:00a |
| Berakhir pada: | May 9, ‘09 5:00p |
| Lokasi: | Dewan Merdeka, PWTC |
Untuk gambar klik disini.
Untuk tentatif klik disini.
Untuk profile ahli panel klik disini
Tajuk?
Tajuk diatas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalannya adalah: Benarkah agenda zionis telah berakhir ? Apakah agenda zionis itu ? Bagaimana ia berakhir ? Siapa yng bertanggugjawab menamatkan riwayat zionis itu?
Klik disini untuk terus membaca
Sasaran?
Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” ini mensasarkan golongan “belia” muslim untuk menghadirinya. Ini kerana mereka adalah sebuah kumpulan dalam masyarakat yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, amat bermaknalah kehadiran mereka ke dalam seminar seperti ini, agar mereka lebih dahulu mengetahui titik-titik kelemahan Zionis sehinggakan agenda utama mereka itu terhenti dan berakhir.
Dalam masa yang sama pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran “masyarakat pelbagai lapisan” untuk sama-sama menyemarakkan lagi seminar yang julung kali diadakan ini.
Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul dan menghimpunkan seramai 3,000 peserta bagi menghadiri seminar ini.
Pendaftaran?
Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:
[Muaz: 013 3044180] - [ Zaizul: 019 6641406] - [ Dr. Kamil: 016 9490623] - [Dr. Kamsani: 013 6130189]
[Pn. Suriani: 019 6654746] - [Pn. Kamisah: 019 2796792]
e-mail: amanpalestin@ yahoo.com
Website: http://kbaz. net/
Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad
[Tel(Office) : 03 89267019] [Fax: 03 89259963] [Tel(Mobile) : 017 2672122]
Jika tuan/puan/saudara/ saudari berminat, sila sahkan kehadiran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan cara berikut:
Taipkan (NAMA),(NO MYKAD) dan SMS kepada 019-6077372
Yuran boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari konvensyen.
Berminat menaja?
Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.
Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717
Tidak dapat hadir?
Hanya Allah yang dapat membalas usaha kalian membantu rakyat Malaysia memahami isu di Palestin.
Sekian, terima kasih.
Mohd Ferdaus Mohd Tahar
Wednesday, April 29, 2009
Sharing is Caring
DOA ISTERI KUNCI KEJAYAAN SUAMI
Oleh Noriah Idris
DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.
Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.
“Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.
“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.
Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.
“Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.
“Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.
Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.
“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.
“Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.
Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.
Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.
“Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.
“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.
“Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.
Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.
Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.
“Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.
“Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.





