Wednesday, October 22, 2014

Quote of The Day


I'm selfish, impatient and a little insecure.
I make mistakes. 
I am out of control and at times hard to hanlde.
But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

~Marilyn Monroe

Friday, October 17, 2014

Pentingnya menjaga kata...

Quran 49:12


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.




Aku suka ambil pengajaran & hikmah daripada kisah sekeliling aku.
Turun naik suka duka.
Semua ni yang akan mencorakkan kehidupan aku walau bukan kisah aku.
Ada kisah yang perlu ambil iktibar dan disyukuri.
Tapi aku suka jadikan sebab untuk aku muhasabah diri.
Tak suka jadikan aku sebagai contoh kehidupan.
Sebab diri tak hebat mana.
Masih ada cacat cela.
Aku pon tak suka sebarkan keburukan dan condemn orang terang terangan.
Bagi aku, jika aku buat macam tu, seperti membuka pekung dada sendiri.
Yang mana kebanyakan kita, keburukan sendiri susah nak sedar & telan.

Musibah yang Allah nak bagi sebenarnya adalah akar kekuatan yang Allah nak bagi dalam diri kita.
Beriman lah dengan Qada'& Qadar.
Berlapang dada, fikir tanpa menggunakan hati & emosi.
Yang salah tetap berada salah.
Yang betul tetap berada betul.
Cuma nya ada perkara yang aku perlu tegas dalam setiap kisah.
Aku takkan benarkan kesalahan kau. Sebab itu akan memusnahkan kau.
Kau salah, maka aku tunjukkan jalan cara mana betulkan kesalahan kau.
Aku tak suka mengadili dan menghukum orang seberat berat hukuman hanya dengan mendengar sebelah kata. Aku lebih suka diam, dan jadikan ia muhasabah diri.
Kebanyakan kita memang seronok bila ada issue, sehingga ada yang buat nasi tambah.
Aku tak suka nasi tambah, sebab tak habis akhirnya buang kene makan ulat.
Tahu tak, bahagian nasi tambah tu la yang akan heret kita kat hujung sana.

Ya Allah kau jagalah kata ku ini.
Semoga segala kejadian yang menghampiri hidup aku,
adalah kejadian yang mendekatkan aku dengan Mu.

Api yang tengah marak disiram api memang hebat maraknya.
Cantik warnanya. Tapi hujungnya hitam tak sehebat ketika gemilang.
Aku pon takut kalau nasi tambah tu menambahkan dosa yang membuka cerita.
Kalau salah katanya, fitnah jadinya.
Kalau benar katanya, umpatan jadinya.
Ini belum lagi memberi hukuman atas kesah lalu.
Kau tahu sungguh ke kesah tu?
Kau tau tak sebab kejadian?
Kau tau tak sebenarnya kejadian tu mimpi ngeri dia?
Kau tau tak sebab kejadian tu dia doakan yang baik baik untuk semua?
Walaupon kau padam, tapi buku kehidupan kau tetap tercatat.
Aku paling takut kisah yang macam ni.
Aku takut benda ni akan jadi sebab aku tak lepas kat hujung sana.

Ya Allah kau jagalah kata ku ini.
Semoga segala kejadian yang menghampiri hidup aku,
adalah kejadian yang mendekatkan aku dengan Mu.

Bagaimana pula orang yang suka cerita banyak keburukan orang di mana-mana.
Sesungguhnya jaga lah aib orang, dengan itu aib mu terlindung.
Sebenarnya kata kata yang keluar juga itu cerminkan hati seseorang.
Hati yang baik slalu menjaga kata.
Kalau pon tercuit pasti kata yang berhemah jadi balasan.

Cuma aku nak ingat kan diri aku sendiri & sesiapa pon, jadilah kawan yang menyedarkan kawan.
Jangan biar dia tenggelam dengan emosi & hati.
Walau banyak mana pon kesalahan yang depa buat, jangan pernah lelah bersama.
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa membenarkan yang benar dan membantu betulkan yang salah.
Biarlah sama sama dapat pengakhiran yang baik.
InsyaAllah.

Ya Allah kau jagalah kata ku ini.
Semoga segala kejadian yang menghampiri hidup aku,
adalah kejadian yang mendekatkan aku dengan Mu.








Thank you LOVE.

This board has been with me for almost 8 years. Thank you LOVE.

There was once i had major case in our friendship. So bad, so hurt, and i dont want to remember. 
Alhamdulillah, after all we still stand strong and remain the friendship.
We still have each other.

Alhamdulillah.
We let it go, I just dont care who brought the things, we just need to learn from the mistakes. 
Let bygones by bygones.
I never tell people what has happend to us. Because i'm afraid m telling lies. 
No matter how bad your friend is, they are your friend. 
They have coloured our live with their silliness, intelligence, sense, love, etc.
Thank you LOVE.
Akhirat nanti depa pon ada saham nak jawab untuk bahagian kita. 
Jangan sampai tersalah kata takut nanti sangkut kat hujung sana.
Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami. 

Thursday, October 16, 2014

Beautiful Soul




Hidup berpura-pura.
Di kala terang, diri tegak jalannya lurus. 
Indah sungguh kata menyenangkan semua yang dengar.
Di kala gelap, duduk menyenget mengengsot bengkok.
Kata sinis mencemuh tiada apa yang elok hanya untuk melegakan hati sendiri.

Hati tenanglah, tiada apa yang perlu digeruni.
Jagalah hati, indah kan kata, elokkan laku. 
Tutuplah aib orang, agar aib mu terlindung.
Berpimpinlah dengan kebaikan.
Tiada kerugian kemudian hari.

In the end,
You are beautiful not because you are beautiful.
It's because of your beautiful heart, words & action.
Just so, haters gonna hate.
Let them!


Tuesday, October 14, 2014

FESKUM '14


Festival Konvo UM or FESKUM! Sure teringat ingat kan zaman kengkorang konvo dulu. Aku USM dulu panggil CONVEX! Haaa gtuu,.. memang banyak kenangan CONVEX dengan aku. Start involve dalam AJK CONVEX masa 2nd year, masa tu aku ahli bawah2 je,.. tlg kawan aku. Naik 3rd year boleh la dapat jd ahli MT CONVEX. Serius banyak kenangan handle CONVEX ni,.. Aku bersyukur dapat pengalaman ni. Aku tabik semua yang pernah handle pesta konvo universiti. Korang memang ohsem! Ok, dah jom tengok gambar adik ipar iols konvo! 



Disebabkan adik ipar ni dia Sidang Pertama dapat la tgk YM Raja Nazrin merasmikan FESKUM'14 ni,.. Adik ipar iols lulusan Master. Maka boleh la dpt Sidang pertama. Untung sunggoh! Gambar dapat scroll dgn Sultan hensem! :P

Yang paling best, menikmati kesesakan masuk UM di waktu pagi. Gituuuu hahahha. Macam biasa ada tapak pesta yang jual jual tu,.. aku tak turun pi tengok, pesan ja makanan apa aku malaih nak berjalan berpanasan, padahal elok je cuaca hari tu :P. Mengada. 





Aku tunggu kat khemah menunggu ni haaa ada kipas & live streaming dari dalam dewan konvo, sejuk sikit lepak sambil layan anak anak. Apa pun tahniah FESKUM'14! 


Sempat plak si abam ni berdatim! kantoooi abam oiii,.. Nanti dah sekolah jgn bg ibu penim







Nak sambung PhD pula katanya! Apapun tahniah SALIHA MAT ZALI & all the best in the future!

Sunday, October 12, 2014

Photo Booth for Wedding.

Bila ada kenduri kahwin in the family, sure semua seronok. Masing masing nak amik bahagian untuk membantu bagi menjayakan majlis. Sampai bahagian masing masing tu memang kepakaran depa. Sapa jadi tukang sambut, sapa yang handle makanan, goodie bag, candy corner, etc.
Sekarang ni pi mana pon macam wajib ada plak candy corner & photo booth. Nak buat meriah katanya. Ye lah kalau idak, budak-budak ni bosan kene heret pi makan kenduri dengan mak pak. Hahaha, The Ziyaads setakat ni kecik lagi nak paham kene heret ke dak. Depa ni asalkan dapat keluar rumah pon dah best. Dok rumah saja, depa jem! Kih kih kih.

So yang aku nak cerita ni pasai Photo Booth yang aku dok buat la. Huuu heee sesuai dah la dengan kerja yang aku dok buat kan. ID dengan Photo Booth tu tak lari jauh mana pon. Tapi actually mende alah ni takda rancangan dari awal. Sebab aku dok tunggu green light dari tuan rumah, nak buat apa n camana. Aku pon sibuk kerja, tak dak masa nk pikior. Sudahnya hari bertandang tu sehari sebelum majlis (dah la sampai lewat petang sebab pi lepas kerja Jumaat tu), sesampai ja terus dapat amanat & green light. Terus cus cas cus ke Nilai 3. Nasib baik rumah tuan rumah kat Putra Mahkota, kluar kol 630 petang sempat je nak shopping kat kedai Thank Q, Nilai 3 tu! Aku tak sempat nk draft atas kertas apa aku nk buat, masuk ja terus ja sambar apa yang menarik, sambil draft design dalam kepala otak. Gituuuu macam terrer sangat bunyi nyaaaa,.. Huuu heee...

Kalau ade lampu lap lip lap lagi ohsem!

Ahli jawatankuasa Photo Booth 

Malam tu kami dok set Photo Booth kat tempat ni, sebab aku suka sangat wakaf ni.
Sekali esok tu mak iols soh ubah tempat lain, (sekali lagi iols sampai lambat :P mak dah sampai dulu..) depa dah tolong transfer kan pi wakaf lain. So aku tinggal supervise ja kerja depa sebab depa tau cmana. :))

Semangat mak iols panjat memanjat! :P